Social Icons

Pages

Wednesday, October 05, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! DATUK SERI NAJIB BUKAN SAKSI SEBENAR !!!


Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Anwar Ibrahim sehingga hari ini tidak menunjukkan kaitan atau bukti yang dikatakan penting dan boleh membantunya dalam pembelaan kes liwat yang dihadapinya sehingga memerlukan Perdana Menteri dan isteri hadir memberi keterangan.

Utusan Melaporkan Sebaliknya,menurut peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berkata,tindakan Ketua Pembangkang itu untuk ‘membawa’ pasangan itu ke mahkamah sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.Hisyam memberitahu,Anwar dalam afidavit jawapan dan sapinanya menyatakan ingin penjelasan dan pengesahan berhubung pertemuan Najib dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berlaku di kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta,kira-kira pukul 8.30 malam, 24 Jun 2008.

Bagaimanapun,berdasarkan transkrip nota prosiding perbicaraan terdahulu, peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008,hujah Hisyam.Beliau berkata demikian pada prosiding permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengkehendaki mereka sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Turut mewakili pasangan tersebut ialah peguam-peguam, Datuk Ghazi Ishak, Datuk Salehuddin Saidin dan M. M. Athimulan.Selain Anwar,dalam permohonan tersebut,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah menamakan pihak pendakwaan kes itu sebagai responden.



Dalam afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan, pasangan itu menafikan terdapat konspirasi oleh mereka untuk mereka-reka atau mengada-adakan pertuduhan liwat itu bagi menyebabkan sebarang kemudaratan terhadap Anwar pada bila-bila masa.Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah juga percaya bahawa pengeluaran sapina atas permohonan Anwar itu tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Merujuk kepada afidavit jawapan oleh Anwar terhadap permohonan Datin Seri Rosmah,peguam tersebut kembali membangkitkan isu relevan dan kaitan pertemuan Penaung Permata Negara Malaysia dengan rakan baik mangsa yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar,Muhamad Rahimi Osman.Ujarnya,Mohd. Rahimi sendiri tidak pernah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan mahupun oleh barisan pembelaan.Selain itu,walaupun kenyataan Datin Seri Rosmah pernah diambil oleh pihak polis mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, itu tidak menjadikannya saksi penting dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

”Apa yang penting ialah keterangan saksi alibi dan bukannya Datuk Seri Najib atau Datin Seri Rosmah,” katanya.

Sementara itu, peguam bela utama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu,Karpal Singh menyatakan,kehadiran Datin Seri Rosmah di mahkamah dan memberi keterangan dalam perbicaraan itu adalah penting kerana kenyataan yang diambil mengikut Seksyen 112 kanun sama oleh pegawai penyiasat,Supritendan Judy Blacious Pereira tidak pernah dibekalkan kepada pihak pembelaan walaupun diminta.Datin Seri Rosmah juga tidak pernah menafikan dakwaan Anwar dalam afidavit jawapannya terhadap permohonan mengetepikan sapina bahawa beliau ‘mempunyai pengetahuan penuh mengenai kes tangkap saya (Anwar)’, hujah peguam itu.

Merujuk kepada permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak Najib pula, keterangan beliau boleh menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari.Ini kerana,sekiranya benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam permohonannya bahawa pertemuan hanya berlaku pada 24 Jun 2008, adalah satu perkara yang sukar untuk dibayangkan bahawa mangsa mengambil masa dua hari sebelum membuat laporan polis dan dalam tempoh itu ‘membenarkan’ dirinya untuk diliwat oleh Anwar.Karpal turut menyatakan,keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak juga membolehkan barisan pembelaan mengetahui situasi mangsa pada ketika itu sama ada dalam keadaan takut atau sebaliknya.

Sejurus selepas kedua-dua pihak berhujah,Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bangkit memaklumkan bahawa walaupun pihaknya tidak memfailkan sebarang afidavit jawapan namun pihak pendakwaan menyokong permohonan yang difailkan oleh Najib dan Rosmah.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menetapkan Khamis ini untuk keputusan permohonan mengetepikan sapina tersebut.

No comments:

 
 
Blogger Templates