Social Icons

Pages

Thursday, October 27, 2011

KHALID GAGAP TAKUT KERANA SEMUA RAHSIANYA TERBONGKAR ???


Timbalan Pengerusi Umno Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ Gagap sebagai Menteri Besar Selangor yang tidak berani berkata benar.Datuk Seri Noh Omar berkata, sehingga kini Abdul Khalid masih tidak menyahut cabaran beliau untuk mendedahkan senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan layak menerima insentif bulanan.Katanya,jika Khalid Gagap meng­amalkan ketelusan dalam pentadbiran sudah pasti beliau akan mendedahkan senarai nama itu tetapi sebaliknya beliau lebih rela menipu rakyat demi kepentingan politik.

“Inilah sikap hipokrit Menteri Besar Selangor apabila cuma melindu­ngi fakta sebenar untuk melindungi pemimpin pembangkang yang menolak cadangan kenaikan elaun ahli Parlimen baru-baru ini,” katanya


Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat Negeri Selangor di Ideal Convention Centre.Turut hadir Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Ma­laysia (Perdasama),Datuk Moe­hamad Izat Emir dan pengerusi ja­watankuasa pelaksana, Datuk So­hai­mi Shahadan.Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mencabar Khalid Gagap agar membuktikan kenyataan bahawa elaun Adun tidak dinaikkan, sebaliknya menerima instentif bulanan berdasarkan penilaian prestasi.Kenyataan Khalid Gagap itu didakwa bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor 31 Mac lalu meluluskan kenaikan elaun Adun nege­ri tersebut daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.Datuk Seri Noh Omar berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketiadaan isu untuk dibangkitkan sehingga sanggup menjadikan isu elaun ahli Parlimen sebagai modal politik.

“Mereka (pemimpin pembangkang) mahu menjadi jaguh di Dewan Rakyat (menolak kenaikan elaun ahli Parlimen) tetapi elaun Adun Selangor mereka sapu,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor telah bersedia bagi memastikan negeri itu kembali diperintah BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebagai pemimpin, kita juga perlu bersedia untuk sama-sama berjuang memastikan kemenangan BN tanpa mengira kepentingan lain. Letakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata,seperti yang pernah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Selangor tidak boleh dipersalahkan sehingga negeri itu terlepas daripada tangan BN.

“BN telah membuat kajian terhadap kesilapan yang dibuat dan kita sedang memperbaiki kesilapan itu.Kita yakin rakyat akan kembali menyokong BN,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau lah manusia berfikiran normal, dia TIDAK akan mengundi umno/bn dlm sebarang PRU/PRK.

Noh Omar pun berkelahi dengan Khir Toyo, memandang sinis pd Ezam, dan musuh dia di Selangor amat ramai..

kita tengok cakap besar Noh Omar dan UMNO/BN Selangor untuk merampas selangor berjaya atau tdk..tak payah cakap byk lah!


teringat aku dulu masa duduk Ampang Dun Lembah Jaya, Khir Toyo amat bongkak sekali!

kini dia jd taik pd UMNO...aku memang nak tengok dia tersungkur..memang niat aku dimakbul Tuhan, semua Ampang Jaya lingkup 2008..sebab aku berfikir, jika PRU 2008 rakyat Selangor dan KL masih mengundi lg UMNO/BN memang lah bodoh!

telahan aku memang TEPAT! kini umno pulak jd dihambat pulak sbg PEMBANGKANG SELANGOR! PADAN MUKA!

 
 
Blogger Templates