Social Icons

Pages

Tuesday, November 01, 2011

GEMPAR !!! PENDUDUK KEDAH MENGAMUK LAGI !!!! KERAJAAN PAS KEDAH GADAI HUTAN SIMPAN KEKAL !!!!


HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh regime PAS Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading, no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.Tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh-tujuh buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah B. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bagi Jawankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,Kerajaan PAS Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk-penduduk di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah, kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk-penduduk kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.


KERAKUSAN PAS MENGGONDOL HUTAN SIMPAN

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi, apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk-penduduk kampung, Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit. Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi, kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak.

Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran PAS meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya, sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz, samaada kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rata-rata penduduk yang ditemui, melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji PAS sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini, kerajaan PAS dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal



LORI BALAK SEDANG MENGANGKUT BALAK BERSAIZ KECIL

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj. Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan PAS Kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.Berbeza dengan polisi Kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI), Pelancongan dan lain-lain lagi.Pentadbiran PAS dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti PAS Kedah GAGAL mentadbir Negeri Kedah denga
n berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan, yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regime PAS Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan, hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal.


TEMURAMAH DENGAN KETUA PEMUDA UMNO KEDAH

Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan PAS Kedah pada PRU-13 nanti kerana PAS Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Aman (Peace) daripada kezaliman regim Pas Kedah.

ANDA INGIN MELIHAT LAGI GAMBAR DEMO TERSEBUT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ANDA INGIN MELIHAT LAGI RAKYAT KEDAH MENGAMUK KERANA KERAJAAN PAS KEDAH MENGAMBIL TANAH RAKYAT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

LIVE !!! LIPUTAN KHAS BLOG SEMPENA AIDIL ADHA DI MAKKAH

KLIK DI SINI

3 comments:

PAKU PAYUNG said...

Mohon linkkan blog saya ke dalam blog sdr. Saya telah linnkan blog sdr ke dalam blog saya yg baru dibina.
Blog baru saya http://ppayung.blogspot.com

T.kasih.

fussilat313 said...

Rasanya sudah sampai masanya, Malaysia mempunyai satu peraturan / akta perhutanan yang tegas. Di mana sebarang aktiviti pembalakan perlu dulu dirujuk ke Parlimen / badan pengawasan. Bukan sewenangnya di bawah hak kerajaan negeri. Atau perlu kerajaan negeri memaklumkan permohonan / kelulusan di dalam akhbar. Seperti mana permohonan membuka kedai arak.

Anonymous said...

PKR menuntut menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya menjelaskan projek ternakan lembu fidlot yang dijalankan anggota keluarga menteri kabinet itu – dengan kos didakwa 22 kali lebih tinggi daripada unjuran kementerian pertanian.

PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi.

NONEPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kaitan berkenaan boleh dilihat melalui profail syarikat restoran berkenaan.

Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

NONEWalhal, Noh dalam jawapannya semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.

Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science.

NONE"Menteri jawab tiada konflik kepentingan kerana ada enam syarikat terbabit. Tetapi ada perbezaan besar antara tender terbuka dengan enam piohak membuat pembentangan kepada kerajaan.

"Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik.

"Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi.

 
 
Blogger Templates