Social Icons

Pages

Monday, December 12, 2011

HOT VIDEO !!! KHALID GAGAP KENA MAKI OLEH RAKYAT DI SELANGOR ???


Bila orang UMNO cakap kerajaan Selangor menipu rakyat,ramai yang cakap UMNO buat fitnah.Bila orang UMNO cakap kerajaan Selangor hanya pandai berjanji,ramai yang cakap UMNO terdesak. Video ini adalah hasil daripada janji PKR Selangor dalam mendapatkan undi.

Video ini adalah hasil daripada penipuan PKR Selangor dalam mendapatkan undi.Ini adalah penduduk Kg Seri Aman,Ijok Dun Menteri Besar sendiri yang meluahkan rasa marah mereka selepas ditipu hidup-hidup oleh makhluk yang berjawatan Menteri Besar Selangor !!! Sungguh memalukan.



Pada kempen pilihanraya lepas,Khalid Gagap telah menjanjikan status tanah kepada mereka. Khalid Gagap juga pernah menjanjikan bahawa status tanah tersebut akan dilanjutkan tempoh tol .Khalid telah berjanji pada 1 Feb 2010 bahawa status tanah tersebut akan dilanjutkan pada bulan Feb dan Mac malah orang yang tidak mengisi borang lanjutan tempoh pajakan juga akan diberikan lanjutan itu. Manis kata-kata Menteri Besar. Malangnya janji tinggal janji sama seperti manifesto PRU lepas.

Terbaru Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan disebabkan dasar kerajaan BN terdahulu. Pelik! Kenapa perkara tersebut tidak disebut ketika berjanji pada Feb 2010. Khalid mengatakan bahawa pentadbiran dahulu tidak menentu dan sering bertukar pendirian berkenaan lot tanah.UMNO BN sekali lagi dipersalahkan.

Inilah sifat kerajaan yang hipokrit. Tidak perlu kupasan panjang. Kita fikir dan lihat sendiri. Kalau pengundi di kawasan sendiri pun ditipu inikan pula pengundi di kawasan yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada beliau.DAP bangga dapat Menteri Besar seperti ini. PAS bangga mendapat Menteri Besar segagap ini. PKR bangga mendapat Menteri Besar sebebal ini tetapi Rakyat Selangor menangis kerana mendapat kerajaan yang diterajui oleh Menteri Besar yang hipokrit terhadap pengundi sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates