Social Icons

Pages

Thursday, January 05, 2012

HOT NEWS !!! HASAN ALI MENYERBU PUB BERSAMA-SAMA PENGUATKUASA JAIS ??? BETUL KER ???


Nama Hasan Ali di kalangan pemimpin Pakatan Haram,khususnya DAP Selangor semakin suram.Tindakan terbarunya menyertai anggota penguatkuasa JAIS menyerbu pub di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya yang menyaksikan 41 orang Islam ditangkap kerana meminum arak, pastinya mengundang kemarahan yang bukan sedikit daripada puak DAP dan PKR.

Sel13.com Melaporkan Operasi Mungkar menyaksikan 41 orang Islam ditahan dengan 18 daripada mereka ditahan kerana meminum arak termasuk 6 orang wanita,sekaligus menyalahi Undang-Undang Syariah Selangor.

Kata Hasan,JAIS memiliki bukti yang kukuh dan akan menghadapkan kesemua yang dituduh itu di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang jika disabitkan dengan kesalahan boleh menyebabkan mereka dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang dari RM3,000 atau kedua-duanya.Kesemua yang ditahan itu akan memberikan keterangan mereka pada 11 dan 12 Januari sebelum JAIS menetapkan tarikh bagi tujuan kaunseling.Hasan Ali bagaimanapun menolak andaian bahawa serbuan JAIS itu mempunyai kaitan dengan kontroversi yang menyelubunginya sebelum ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS itu,kerapkali membela operasi-operasi JAIS dan menyokong langkah-langkah jabatan tersebut memperkasakan penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.


Bulan lepas, Hasan Ali memberitahu DUN Selangor bahawa mubaligh Kristian menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti peralatan Bible yang menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. 3 Ogos 2011 sebelum itu, Hasan Ali terlibat dalam satu kontroversi besar apabila JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis yang disewa oleh Damansara Utama Methodist Church ketika majlis pemurtadan sedang berlangsung.

Tindakan Hasan Ali kali ini pasti akan mengundang kemarahan yang lebih besar di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PAS Selangor yang sedang bercita-cita untuk memperolehi kuasa yang lebih besar dalam kepimpinan negeri. PAS Selangor yang diketuai oleh Dr. Rani Osman dan Khalid Samad mempunyai cita-cita dan berusaha keras agar PAS dapat dilihat sebagai sebuah parti yang boleh dipergunakan oleh PKR dan DAP.

PAS amat diperlukan dalam Pakatan Haram kerana pengaruh parti tersebut di kalangan pengundi-pengundi Melayu. Dengan PKR yang semakin merudum dan DAP yang cuba meraih simpati serta sokongan terbesar daripada orang Melayu, PAS sebenarnya perlu memainkan peranan yang lebih besar.Namun kehadiran dan kewujudan Hasan Ali dalam beberapa kemelut yang dilihat dapat menyekat cita-cita DAP,menghalang perancangan lebih besar PAS di Selangor.Walaupun kepimpinan PAS Selangor dan PAS Pusat cuba melakukan kerosakan pada kredibiliti Hasan Ali, namun nampaknya ia bukanlah sesuatu yang ditakuti oleh Hasan Ali. Bahkan Hasan Ali semakin lancang dan celupar dengan pengaruh yang ada padanya.

Tidak dapat dinafikan, ‘kejayaan’ PAS di Selangor sebenarnya banyak bergantung kepada Hasan Ali dan Ismail Kamus serta Harun Din Al-Hafiz. Ketiga-tiga pemimpin PAS ini berada dalam satu kelompok yang cuba disingkirkan oleh puak-puak yang dianggotai oleh Halimah Ali, Rani Osman, Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad dan Saari Sungip yang lebih berkiblat kepada Anwar Ibrahim serta Ketuanan DAP.

Tindakan Hasan Ali yang membantu JAIS melakukan serbuan ke atas pub-pub serta pusat-pusat hiburan yang biasanya dimiliki oleh taikun-taikun pembiaya dana untuk DAP, pastinya menaikkan kemarahan, khususnya kepada Ronnie Liu. Setelah bersusah payah menjadikan Selangor sebagai pusat maksiat dan hub jenayah sosial, kerja kuat Hasan Ali pastinya akan menjadikan segala usaha Ronnie Liu dan niat jahat jangka panjang DAP akan bertambah payah. Bahkan segala tindakan DAP selepas ini, akan menimbulkan syak wasangka yang semakin kukuh.

1 comment:

Anonymous said...

hari tu kluar berita tv3..nmpak muke die..

 
 
Blogger Templates