Social Icons

Pages

Monday, February 13, 2012

BLOGGER PKR MENGKRITIK ANWAR DAN AZMIN ALI ???



Blogger steadyaku yang sebelum ini dikenali pro Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mengkritik kombinasi Ketua Umum PKR dan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sebagai ‘bebanan’ dan bukan ‘penyelesai masalah’ untuk parti itu.

Blogger steadyaku atau nama sebenarnya Hussein Hamid mula mengkritik Anwar dan Azmin dalam artikelnya bertajuk “Anwar & Azmin is the problem not the solution for PKR!“.

“Dia mahu jadi ‘defecto leader‘ PKR. Dia mahu Azmin jadi timbalannya. Dia mahu jadi ketua pembangkang. Dan sekarang dia mahu jadi Perdana Menteri (PM) ?. Semuanya sentiasa berkaitan dengan Anwar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan orang lain !”, kata Hussein, bekas pelajar MCKK yang kini menetap di Adelaide,Australia.

Meskipun Azmin sering menobatkan Anwar sebagai bakal PM, namun menurut Hussein,semua orang yang pernah mengenali Anwar tahu bahawa dia tidak sesuai menjawat jawatan pemimpin nombor satu negara itu.Katanya,Anwar tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan menipu, kerana lambat laun, tembelangnya akan terbongkar jua.

“Kami tahu fakta-fakta kes liwat II”, katanya.

ANDA NAK TAHU APA LAGI YANG BLOGGER INI BERITAHU ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Sumber AIDC

4 comments:

Anonymous said...

blloger itu telah tidak dibayar olih azmin dan anwar. bloger murahan.

Anonymous said...

dlm PKR tiada jantan ada telur berwibawa yg berani utk
menentang kemungkaran pemimpin mereka utk mensucikan parti dari dalam!!!parti hendak terkubur bersama ahli yg taksub tahap parasit...agaknyer!!!!

bila lagi nak muncul perwira seperti dato hassan ali@PAS dlm PKR!???

Anonymous said...

aku cadangkan si khalid gagap boleh ker??

ader cadangan calon lain?

Anonymous said...

Rumusan saya setelah membaca tulisan blogger tersebut dan komen2 didalamnya;

Bagi rakyat biasa spt saya yg tidak berkepentingan politik dan peribadi tidak merasakan perlunya utk menukar kerajaan yg ada, selagi kami dapat hidup dlm aman sentosa dan dapat mencari rezeki tanpa gangguan dan halangan, itu sudah satu kesyukuran.

Spt komen seorang pengunjung diblog tu - 'apa bezanya menggantikan seorang pencuri dgn seorang perompak (atau sebaliknya)?'

Atau kalau kita mahu berprasangka baik - tidak ada mana2 parti politik pun yg ahlinya terdiri dari kalangan malaikat (mungkin yg teraku-aku bersifat demikian adalah!). Maknanya tetap tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Bak kata bidalan - Perlukah kita membakar kelambu hanya kerana seekor dua atau 3 atau 4 nyamuk yg menganggu?

Tapi bagi penyokong tegar PR (yg mempunyai kepentingan politik dan peribadi) katakanlah apa pun kebenaran tentang pemimpin sanjungan mrk (walau pun oleh kalangan mrk sendiri spt blogger steadyaku), tetap spt 'mencurah air kedaun keladi'.

-- pencinta keamanan --

 
 
Blogger Templates