Social Icons

Pages

Tuesday, February 14, 2012

HASAN ALI JUMPA KHIR TOYO KERANA RESTU PRESIDEN PAS ??? APA MAKNANYA TU ???


Pendedahan Hasan Ali mengenai pertemuan beliau dengan Bekas Menteri Besar Selangor ,Dr Mohamad Khir Toyo selepas PRU12 sebenarnya telah mendapat restu daripada presiden PAS.

Sebelum Hasan Ali dipecat,beliau diserang oleh Khalid Samad,Datuk Mustapha Ali dan beberapa Anwarinas kononnya Hasan Ali bersekongkol dengan Umno ternyata telah membuka pekung sebenar apa yang terjadi.Jika Hasan Ali mendapat restu daripada presiden PAS,maknanya Hj Hadi juga harus dipecat daripada menjadi presiden PAS,memandangkan adalah menjadi satu kesalahan besar buat PAS untuk berbincang mengenai soal perpaduan,akidah dan kepentingan umat Islam dinegara ini.

Kesalahan ini menyalahi perjanjian perkahwinan PAS dan DAP,Malah mursyidul Am PAS juga turut menghentak kumpulan yang digelar PAS Perpaduan.Kumpulan ini yang sekarang sudah tidak berjawatan didalam pucuk pimpinan PAS kesemua kalah semasa muktamar PAS,sokongan terhadap mereka merudum apabila PAS diperingkat akar umbi telah menyuarakan bantahan bahawa haram sama sekali untuk berbincang dengan Umno kerana PAS sudah pun berkahwin dengan DAP.Jika dilihat senario ini,ternyata PAS sekarang memang cukup taat kepada DAP,sebagai isteri yang cukup setia kepada suaminya apa saja kehendaknya harus dituruti.PAS sebagai isteri yang baik sudah pasti tidak akan menderhaka terhadap DAP.

“Selepas pilihanraya (ke 12) memang betul saya jumpa dengan Khir Toyo nak bercerita tentang penyatuan umat,nak cerita tentang akidah,nak cerita tentang syariah,nak cerita tentang akhlak seluruhnya.tanpa saya bersembunyi,tiap-tiap satunya dalam pengetahuan Presiden PAS.

“Bahkan Presiden PAS memberitahu saya,kalau ada orang tanya dr tak payah jawab suruh dia telefon saya sendiri”, katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ di Kampung Pengkalan Peguh, Lahat,Ipoh Perak, 10 Feb.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates