Social Icons

Pages

Wednesday, February 01, 2012

HASAN ALI KATA PAS MAHUKAN NEGARA MALAYSIA SEBAGAI REPUBLIK ???


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam Semalam dengan amaran bahawa Pakatan merupakan ancaman kepada Islam.Hasan mendakwa,Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya,mengikut apa yang diberitahu kepada saya,kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Antarapos Melaporkan Hasan juga mendakwa,Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun,parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian,kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI,kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam,Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga menyerang ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."Katanya,Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama,satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini.Kalau jumpa ular,bunuh yang mana dulu saya tak tahulah.Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.


Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008,Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan,apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi,beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud,undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya,wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor,Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

ADAKAH INI YANG ANDA MAHUKAN SATU HARI NANTI ???

ARTIKEL 153 HILANG !!!

DAH TIADA LAGI HAK KEISTIMEWAAN MELAYU !!!

APA YANG SAYA BERITAHU SEBELUM INI MEMANG SAH !!!

PAKATAN RAKYAT AKAN MENJADIKAN MALAYSIAN MALAYSIA SEBAGAI TUJUAN UTAMA !!!

SAMA RATA,SAMA RASA,DEPAN BELAKANG SAMA SAHAJA !!!

OPSSS !!!

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Wake UP! said...

Pemimpin PAS lain tetap setia membontoti Anwar Ibrahim.

Nam Ron said...

hasan ali sudah dedahkan siapa dia parasit @ pelesit dalam PAS....tapi hasan ali @ Hassan akidah telah tersilap tafsir makna 'parasit'...parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebenarnya sebab dia menumpang nama Pas dan akhirnya menjahanamkan parti yang ditumpanginya, kalau dia merujuk kepada Khalid Samat sebagai parasit tidak tepat kerana MP Shah Alam tu memang ahli PAS sejak dulu lagi!
Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'? Pelesit adalah binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk... Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang pulak pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai? Jawapannya Hassan Akidah. Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia

Mr Paktam said...

nam ron
tafsiran hang tu aku rasa tafsiran tahap sekolah menengah la bai..
tak kisah la siapa yg pelesit atau parasit tapi matlamat sesuatu pekara tu lagi penting la dari nak cari sapa parasit masit bagai..

walau aku bukan ahli PAS,tapi aku tabit Hassan ali yg berani,berprinsip,tegas..
aku rasa ramai yg setuju bahwa pas sebenarnya sayang pda pemimpin seperti hassan ali,tapi dek kerana tekanan anwar dan DAP maka pas harus dan wajib menceraikan hassan ali...
satu lagi teliti tntang pekara penting yg dia nak laksanakan dan dedahkan,bukan dok sibuk cari perasit,masit bagai..apa raaa.
dia sudah terang2 cakap tntang apa yg PAKATAN bakal laksanakan kalau menang PRU,tu pun hang lagi tak nampak ka..terpulang laa bai,hak masing2,tapi kalau tersalah pilih akibatnya semua akan tgung sama..

 
 
Blogger Templates