Social Icons

Pages

Thursday, February 02, 2012

HOT NEWS !!! ANUAR UMNO REFORM ADALAH TROJAN HORSE ???



Beberapa hari kebelakangan ini banyak blog-blog pro Pas dan PKR menulis tentang seorang blogger pro Umno yang telah menonton video seks Anwar Ibrahim mengatakan bukan Anwar dalam video itu.Blogger yang dimaksudkan ialah Anuar Mohd Noor pengendali Umno Reform.

Dalam hal ini Umno telah terperangkap dengan lakonan Anuar.Misi Anuar Mohd Noor dan Anwar Ibrahim untuk memerangkap Umno telah berjaya iaitu dengan menghantar orangnya menyertai kem Umno dan berlakon seolah-olah penyokong Umno.Sebelum ini kelibat Anuar Mohd Noor sering kelihatan dalam majlis-majlis yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan. Kami di Selangor Daily pun naik hairan dengan perkara tersebut. Ada kalanya pertemuan yang dia sertai itu pertemuan-pertemuan penting bagi membincangkan soal strategi.



Krew Selangor Daily pernah berbisik dengan orang-orang tertentu mengenai dia, tetapi seolah-olah tiada tindakan. Anuar terus dibiarkan menyertai program-program blogger pro kerajaan.Daripada lagak dan gayanya sepanjang pertemuan kami dapat melihat gelagatnya seperti orang yang menyamar.

Ramai daripada blogger-blogger atau facebooker yang wujud pada hari ini tidak tahu siapa sebenarnya Anuar dan mereka terpesona dengan cerita-cerita Anuar kononnya dia adalah pemain lama dalam dunia cyber. Itulah yang membuatkan mereka terpesona dengan dia dan menjadikan dia sebagai ketua tanpa merujuk latar belakang beliau.Bukan kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Kami adalah pemain lama dalam dunia cyber dan kami kenal siapa Anuar Mohd Noor.

Dia adalah ahli PKR totok dan tak mungkin dia boleh menyokong Umno.Dialah orang yang mewujudkan laman web, mahazalim dan mahafiraun yang memaki hamun Tun Dr Mahathir secukup-cukupnya pada tahun 1998.Hari ini ada orang dari Kelab Che Det yang meletakkan Anuar sebagai penasihatnya dalam dunia cyber.Anuar juga adalah kawan sehidup semati dengan Badrul Hisham, Nora reformis dan Nazree, bekas pengerusi Gerak. Sehingga ke hari ini hubungan mereka tidak pernah putus.



Pernah satu ketika Anuar hadir satu program yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan dan semasa hendak pulang kenderaan yang datang mengambilnya terdapat Badrul Hisham di dalamnya.Itukah blogger Umno?

Minggu lepas Anuar dan Badrul Hisham bersama-sama pergi menonton video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim.Esoknya Badrul Hisham buat kenyataan mengatakan blogger pro Umno yang menonton bersamanya pun tidak percaya lelaki di dalam itu Anwar Ibrahim.

Kemudian disambut oleh Anuar Mohd Noor mengatakan dia sebagai blogger pro Umno pun tak percayakan video itu.Lalu itu dijadikan modal oleh blog-blog pro pembangkang yang mengatakan blogger pro Umno pun tak percaya itu adalah Anwar.

Siapa yang memberi ruang kepada Anuar Umno Reform melabelkan dirinya blogger pro Umno?

Kepada blogger-blogger yang baru serta facebookers,dengarlah nasihat kami. Anuar Mohd Noor bukanlah benar-benar blogger pro Umno. Jangan anda terpedaya dengan dia.Dia hanyalah seekor trojan horse yang dihantar ke dalam kumpulan-kumpulan blogger dan facebookers Umno untuk mengintai pergerakan anda semua yang sekarang ini telah menguasai dunia cyber.

Sumber SelangorDaily

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SAYA PULAK NAK TANYA !!!

BETUL KER ANUAR NI TROJAN HORSE ???

KENAPA NAK MEMECAH KAN BLOGGER UMNO ???

KENAPA MASIH TIDAK MEMINTA MAAF PADA TUN MAHATHIR YANG ANDA BUAT SEMUA FITNAH TERHADAP BELIAU ???

KENAPA NAK MENIPU RAKYAT KONONNYA VIDEO ITU BUKAN ANWAR IBRAHIM ???

COME ON BRO !!!

RAKYAT DAH TAHU !!!

ADAKAH SEBAB ITU ADALAH PEMIMPIN YANG ANDA AGUNGKAN SEJAK DARI DULU LAGI ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Unknown said...

Kena perhati mamat ni elok2, jgn pisang berbuah dua kali...

APA AGENDA DAP MENENTANG PEMBERIAN PINJAMAN UNTUK PENGHUNI PPR & PERUMAHAN AWAM? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates