Social Icons

Pages

Thursday, February 02, 2012

HOT NEWS !!! SAFEE SALI JUTAWAN BOLASEPAK PERTAMA MALAYSIA !!!


Penyerang sensasi negara,Safee Sali pada mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia semalam.Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Safee juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.



LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh lahir: 29 Januari 1984

Tempat lahir: Selangor

Tinggi: 1.70 meter

Posisi permainan: Penyerang

Kelab terkini: Pelita Jaya FC

Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

2005-2006 (Sarawak FA)

2006-2011 (Selangor FA)

2011 (Pelita Jaya FC)

2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )

TAHNIAH KEPADA SAFEE SALI !!!!

5 comments:

ahlee said...

malaysia boleh,safee lagi boleh!

Anonymous said...

Rakyat Malaysia mcm nie lah yang kita nak pergi negara org (Indonesia) harum kan nama negara kita negara MALAYSIA dengan bermain bolasepak jer.

Bukan mcm Mamat yg kemaruk nak jadi PM Malaysia sgt2....Tapi g sane Buruk Kan Nama NEgaru Ku MALAYSIA ....Puihh 2 org chaiii

Anonymous said...

Ni mesti Ada songlap duit kerajaan ni..sampai dapat duit berjuta2..pastuh Ini mesti ada kena mengena dengan UMNO..Kalau tak mana keh dapat duit 2 juta..(Kata Juak2 Pakatan La...)..hehe

Anonymous said...

Ape la bangang sngt ko ni?...ape kena mengena citer ni dgn politik??...citer psl bolasepak xde kena mengena dgn politik...nmpk sngt ko ni taksub sngt...

Anonymous said...

Tahniah Safee Sali....akhirnya ada jugak bangsa yg mampu tunjuk kehebatan dan diiktiraf negara luar dlm sukan bola sepak nih...bangga dan tak sia2 sokong liga tempatan...ayuh kita gandakan usaha dan tanam kesetiaan dlm menyokong senario bola tempatan...dan juga tahniah kepada skuad Harimau membelasah Kelantan 5-0...Kelantan juga hebat...woohooo..Malaysia

 
 
Blogger Templates