Social Icons

Pages

Wednesday, February 15, 2012

MAJALAH TEMPO LAPOR ANWAR IBRAHIM MENGAKU AKAN HALALKAN HOMOSEKSUAL ???


Akhbar Tempo,Indonesia dalam liputannya bertajuk ” Anwar Ibrahim,Dua Kota,Dua Orasi,Banyak Sahabat” melaporkan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang aktiviti homoseksual.

“Anwar menegaskan bahawa perkahwinan lelaki dengan wanita itu adalah sesuatu yang mutlak dari agama. Tapi (aktiviti) homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia mempamerkan di tempat publik (awam)“, kata Anwar yang dilaporkan Tempo.

Keratan akhbar Tempo itu disiarkan di laman rasmi Anwar,anwaribrahimblog pada 14 Februari 2012


Kenyataan terbaru Anwar di Indonesia itu mengesah dan menjelaskan maksud sebenarnya ketika bercakap di BBC News, 12 Jan lalu.Ketika Anwar berada di Mumbai, wartawan BBC bertanya soalan berbunyi: “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Anwar menjawab; “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Jika ditafsir kedua-dua kenyataan Anwar di Mumbai dan Indonesia,jelas menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak bersetuju aktiviti homoseksual dihukum oleh undang-undang kecuali aktiviti itu dilakukan di tempat terbuka.Ini juga membawa maksud bahawa aktiviti homoseksual itu boleh dilakukan di tempat tertutup atau persendirian dengan syarat dilakukan atas dasar suka sama suka.

Malah hujah suka-sama suka (di tempat tertutup) telah menjadi justifikasi badan hak hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch untuk membela Anwar.

Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria, yang dipertontonkan rakaman ucapan Anwar itu dalam Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual” 18 Jan mengingatkan Anwar supaya berhati-hati dengan kata-katanya itu kerana ia boleh memesongkan akidah keislamannya.



Manakala seorang lagi ahli panel,ustaz Fathul Bari Mat Jahya turut bersependapat dengan kenyataan Harussani.

Menurut Fathul Bari,kenyataan Anwar sedemikian rupa menunjukkan Ketua Umum PKR itu seolah-olah tidak memahami hukum hakam Islam.Sila rujuk video di atas, kiri untuk mendengar pendapat Anwar, Harussani dan Fathul Bari dalam isu tersebut.

Sumber AIDC

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates