Social Icons

Pages

Friday, February 10, 2012

RANCANGAN REALITI "ON AIR" !!! DANG SURIA BIADAB ??? INI JAWAPAN DANG SURIA !!!


Pengacara popular Dang Suria Zainordin menjelaskan kritikan pedas mengenai paras rupa dan fizikal peserta dalam uji bakat rancangan On Air ada sebab-sebabnya yang tersendiri,bukan sengaja mahu bertindak kejam.

Dang Suria yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata,apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

"Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik.Dan ya,saya nampak kejam dalam On Air,tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.Malah,anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu," selorohnya.

On Air yang telah memulakan siarannya pada pukul 9 malam Rabu lalu itu mendapat kritikan hebat daripada penonton selepas menyaksikan komen-komen pedas daripada salah seorang jurinya,Dang Suria.Kata-kata pengacara itu dianggap biadab sekali gus telah menjatuhkan maruah beberapa peserta kerana mengkritik mengenai fizikal dan paras rupa.

Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar,Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.

"Kadang kala,kebenaran adalah perkara yang menyakitkan.Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

"Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan,sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga," tegasnya.

Tambah isteri kepada penulis lirik Ad Samad ini,para peserta juga perlu melalui kritikan daripada awal lagi kerana apabila menyertai dunia hiburan,sekurang-kurangnya mereka telah bersedia daripada segi mental.

"Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat.Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama.Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat," katanya.

Sementara itu,Pengurus Saluran Astro Ria,Raqim Ahmad Ramli berkata,kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.Selain Dang Suria,pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

ANDA SUDAH MENDAPAT JAWAPAN ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Unknown said...

Nak jadi selebriti, para peserta kena sanggup berdepan kritikan pedas. Kalau x sanggup, jgn dok depan kamera!

SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Kita tengok sajalah dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang bagaimana keterampilan Si Dang!!!. Masa capat berlalu. 10 tahun tak lama.

Anonymous said...

Jangan komen tu melampau sangat. Adakah dia suka untuk jadi begitu? memalukan orang Allah akan memalukan Dang suria diakhirat nanti. dah tua-tua tu pakailah tudung dan tutuplah aurat jangan pula dang suria tak dapat membezakan menutup aurat dengan membungkus aurat sudahlah.

Anonymous said...

Sepatutnya peserta2 yg ingin mencuba nasib tu pun perlu tahu dan menilai diri sendiri dulu sebelum pergi ujibakat apakah 'kriteria' pemilihan tersebut.

Kecantikan?
Penampilan diri?
Perwatakan?
Kepetahan bertutur?
atau seumpamanya ...
dan, pakej apakah yg ada pd diri utk diketengahkan/dijual?

Saya percaya ramai mereka2 ni main terjah saja dan terlalu mengharap utk dipilih tanpa membuat 'homework' terlebih dulu ... dan akhirnya mengundang malu, marah dan kehampaan ...

Anonymous said...

Kalau lah Dang suria itu sempurna dan perfect tak de lah rumahtangga dia haru biru dan porak poranda..

manusia ini adalah yg tak kenal dia adalah manusia juga!!! berak, kencing pun hapak juga!!!

dia umpama seorang ibu yg membelasah bayinya yg baru saja belajar berjalan jatuh..dia mau bayinya berjalan tegap macam dia berjalan sekarang ni...lalu dia belasah bayinya yg belum reti berjalan....BODOH!

junaidy zohor said...

Komen membina? Aloooo akak! Komen yg pasal "penonton mesti tukar channel" tu, bukan komen ke peserta. Tu gosip dgn kawan akak kat sebelah tu je... tu bukan membina kak oi.. jgn nak bagi alasan bagai la weiiiii...

eXception said...

Apapun, aku tetap support Dang Suria... Perlu diingatkan kepada Rakyat Malaysia... Rancangan On Air bukan rancangan Akademi Fantasia... Yang mana ada adegan leleh-leleh... Adegan sorong-tarik beg... Adegan gaduh-gadus sesama pelajar... Adegan bermasam muka sesama pelajar... On Air bukan rancangan Doraemon... Maka peserta tak perlu 'diasuh' seperti Nobita... Yang segalanya nampak mudah kerana ada bantuan Doraemon... On Air adalah rancangan mengasah bakat dalam bidang pengacaraan bukan menjadi penyanyi... Peserta tak perlu dimanjakan seperti peserta rancangan realiti AF... Jika nak menangis... Nak leleh-leleh... Sila join rancangan realiti terbaru... Akademi Fantasia-sia...

Anonymous said...

x kisahlah ko nak komen apa pun kat peserta wahai dang suria.tapi cuba lah ko tgk muka ko tu. . aku tengok lagi hodoh dari orang. . .dah macam apa. .geli gelaman macam muka penyek. . .ko punnnn dah tak sesuai nak jd pengacara lah weiii. . .

 
 
Blogger Templates