"Pak Cik, boleh kami pinjam bola?," tanya sekumpulan anak kecil setelah mengetuk pintu rumah.
Saya anggarkan usia mereka di antara 9 dan 12 tahun. Secara kebetulan, ketika itu anak bongsu saya tiada di rumah.
"Ambillah," balas saya.
"Terima kasih pak cik," ujar mereka serentak.
"Terima kasih pak cik," ujar mereka serentak.
Sebelum mereka melangkah pergi, spontan saya berpeluang terlihat keceriaan terpancar di setiap wajah kanak-kanak terbabit, hanya kerana berpeluang bermain bola sepak di padang pada petang itu.
Sekaligus saya terfikir,bukan semua ibu bapa berkemampuan untuk membelikan bola sepak berharga RM30 itu untuk anak mereka.Bola dikongsi bersama dan ditendang 22 orang pemain di padang sama.Lumrah,sewaktu berlaku perebutan bola di padang, barangkali sebilangan mereka bergaduh buat seketika tetapi kemudian berdamai kembali sebagai kawan.
Itu semangat bola sepak.
Maksudnya, permainan bola sepak masih releven dilihat sebagai satu daripada kaedah terbaik untuk menyatukan ramai kanak-kanak sekaligus mencetuskan kegembiraan di hati kecil mereka.Kita semua barangkali berpengalaman melihat bayi sedang merangkak sambil tertawa mengejar bola bergolek di atas lantai. Sebaik bola berhenti, dia akan cuba sedaya upaya menolak untuk menggerakkan bola terbabit berulang kali. Sejurus berasa penat, bayi itu mungkin akan tertidur dengan bola di dalam dakapannya.
Lihat betapa gembiranya bayi di atas hanya kerana sebiji bola di tangannya.
Bukan sahaja manusia,kucing juga dilihat gemar bermain bola biarpun haiwan itu tidak berupaya menggegarkan gawang gol di padang. Bak bayi, kucing juga suka mengejar dan menguis bola menggunakan dua kaki hadapan. Melihat gelagat kucing bermain bola,manusia lazimnya tersenyum gembira.Hakikatnya,bola sumber kegembiraan kepada majoriti kanak-kanak di seluruh dunia.
Bermain bola,mudah.
Asalkan terdapat kawasan tanah lapang, biarpun tanpa memakai jersi berwarna-warni dan kasut but, kanak-kanak di dalam gambar di atas ternyata tampil gembira. Bagi mereka, bergelumang lumpur,soal kedua.Jika kita teliti, walaupun berbeza lokasi dan negara, bola berupaya menyatukan kanak-kanak di seluruh dunia sedangkan ramai orang dewasa berperang sesama sendiri hanya kerana berlainan ideologi.
Asalkan terdapat kawasan tanah lapang, biarpun tanpa memakai jersi berwarna-warni dan kasut but, kanak-kanak di dalam gambar di atas ternyata tampil gembira. Bagi mereka, bergelumang lumpur,soal kedua.Jika kita teliti, walaupun berbeza lokasi dan negara, bola berupaya menyatukan kanak-kanak di seluruh dunia sedangkan ramai orang dewasa berperang sesama sendiri hanya kerana berlainan ideologi.
Setelah berbincang bersama kru 666, kami berhajat untuk melancarkan Kempen 'Free Balls'. Maksudnya, kru Penyingkap Fakta akan berfungsi sebagai koordinator, menerima bola sepak sumbangan pembaca budiman, masyarakat bermurah hati atau syarikat korporat demi menceriakan kehidupan ramai kanak-kanak di Malaysia.Bola dihimpunkan kemudian bakal diagih kepada kanak-kanak pelbagai bangsa di lokasi terpilih terutama di luar bandar termasuk anak orang asli.
Kami tidak mengharapkan sumbangan The Golden Ball seperti dicium oleh Cristiano Ronaldo tetapi sekadar bola mampu disepak dan menjadikan hari ramai kanak-kanak lebih bermakna berbanding sebelumnya.
Apakah pandangan pembaca berhubung ide ini ??? Sudikah bersama kami untuk menjayakan Kempen Free Balls ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment