TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa beliau mempunyai cukup bukti untuk menunjukkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah memberikan projek secara rundingan terus dan bukannya menerusi tender.Katanya,beliau mempunyai senarai kontrak-kontrak berkenaan dan akan mendedahkannya kepada umum pada waktu yang sesuai.
Noh membuat dakwaan itu sebagai merujuk kepada dakwaan editor portal "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin mengenai perkara itu baru-baru ini.
"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dokumen mengenai kontrak tanpa tender yang diluluskan kerajaan negeri Selangor akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac.Sehubungan itu, saya mahu lihat sama ada dokumen yang dikemukakan itu adalah sama seperti yang ada pada saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah dekat sini hari ini.
Raja Petra berkata,sekiranya kerajaan negeri menafikan dakwaannya itu,beliau akan menyiarkan butiran kontrak berkenaan dalam blog beliau atau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Dalam perkembangan lain,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyelar Jawatankuasa Pemilih Kecekapan,Akauntabiliti dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana tidak dapat membentangkan hasil inkuiri awam ke atas tiga syarikat milik kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.Beliau berkata,Ahli Dewan Undangan Negeri telah tidak diberikan ruang yang cukup untuk membahaskan banyak isu yang dibangkitkan semasa pendengaran awam itu.
Selcat telah menjalankan inkuiri ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi perlombongan pasir; cabang pendidikan Yayasan Selangor dan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). - Bernama
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor supaya menyegerakan 'audit forensik' berhubung dakwaan kononya Yayasan Selangor mengalami kerugian RM500juta ketika Barisan Nasional (BN) memimpin negeri ini.
Datuk Seri Noh Omar berkata dakwaan tidak berasas itu adalah taktik pimpinan kerajan pakatan pembangkang untuk menutup kelemahan dan penyelewengan RM1.4 juta dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010,termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke-40 sekaligus mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu lain.
BILA KHALID GAGAP NAK SIASAT MENGENAI RM 500 JUTA ???
RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:
tak ngerti lah awak
http://www.centplay.com/affiliate/affiliate_900/
Post a Comment