Social Icons

Pages

Saturday, March 10, 2012

HOT VIDEO !!! ANAK TINGGALKAN IBU DI HOTEL BAJET ???


Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru,sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor,tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.- MyMetro



APA NAK JADI DENGAN ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Ya allah....knp la makcik ni dibuat mcmni,,,,malaysia sekelian,,bangkitla drnkita dok caci maki dlm politik,,,adalh lbh baik kita membantu makcik ni,,,aku ssguh kesian walau aku ni oku,,,sesiapa yg tahu kat mana skrg ni makcik ni berada,,,tlg hubungi sya di email saya: qr1984_ah@yahoo.com.... Saya jumpa makcik ni utk membantu walaupun utk tinggal ddk bersama saya,,,,kpd PM,anwar,hadi awang,nik aziz tlg!! Buka mata,,,,,,

Anonymous said...

Semoga allah merahmati anda...Diharapkan ada insan yg dapat memaparkan status dan kondisi mak cik itu nanti di media atau youtube. Ramai yg akan mnghulurkan sumbangan..Para pemimpin tak kira drpd parti mana sekalipun, ambil tindakan segera. Rakyat memerhati anda...walaupun perkara kecil, namun disitulah dpt dilihat keprihatinan dan tanggungjawab anda...

Unknown said...

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua.

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates