Social Icons

Pages

Tuesday, April 17, 2012

HOT NEWS DAN KANTOI !!! LAGI PENIPUAN PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! ARE DAN #LYNAS @FUZIAH99 JADIKAN ISU POLITIK !!!



satu lagi pembohongan amat dasyat oleh Fuziah Salleh dan Kuncu DAP telah berlaku,semua ini hanya meraih simpati rakyat.anda kenal gambar di atas dan dibawah ??? saya akan ceritakan apa kah strategi Pakatan Haram ini untuk meraih simpati rakyat berkenaan dengan Asian Rare Earth (ARE) dan Lynas !!!

Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8 dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu,Lai Kwan mencium anaknya Yang Berumur 30 tahun,Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya belum mahu mati!’.Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu.Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Berikutan dengan itu Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 Kononnya bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE.Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.sumbangan bagus tiada masalah tetapi satu persoalan timbul dalam kepala saya ni !!! semua ini cerita nya sama dengan BERSIH !!!

saya nak tanya kepada Pemimpin Pakatan Haram Ini,dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000 ??? Persoalan kedua saya,jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas,tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas.kenapa nak merayu sumbangan orang ramai ??? ini lah sebenarnya berlaku bak kata perpatah "Ada Udang Di Sebalik Batu"


Dari situ anda nampak tak wahai pembaca Badut Rakyat ??? Sebenarnya tujuan laporan dan iklan tersebut tidak lain tidak bukan hanya untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata,sebab itu saya kata di atas..hakikatnya,wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.Selain iklan di dalam akhbar,pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi,mengedar T.Shirt,risalah,poster,banner dan sebagainya.Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.kantoi sudah !!! sama tak macam BERSIH ??? Sebab tu saya beritahu dana dari luar negara sudah cukup untuk mereka,takkan lah sampai setahun, Pemimpin Pakatan Haram ni bertahan ??? cuma saya pelik,Fuziah Salleh dan Pemimpin DAP jer pertahankan benda ni..hmmm...

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

meh saya cerita sikit satu sejarah..muahaha...satu kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah,ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa.Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia,Amerika dan beberapa negara lagi.

Selain itu siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik.Bagaimanapun,sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992,Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya,Kok Leong berpunca dari kilang ARE.Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.


Namun,itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali.Fakta Mengatakan Bahawa ARE menggunakan monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite.Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan,sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi.Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka



Walau apapun agenda mereka,tindakan parti-parti politik Pakatan Haram yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej Pakatan Haram sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.

FUZIAH SALLEH TAK KESIAN KER PELUANG PEKERJAAN PENDUDUK DI GEBENG ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates