Social Icons

Pages

Friday, April 20, 2012

KISAH BENAR !!! JENAKA PAKATAN HARAM BERKENAAN SHAHRIL SAMAD MASUK PAS HANCUR !!! WAJIB BACA !!!


SUKA SANGAT ADIK AKU NI YER ??? - SHAHRIL SAMAD

1 April 2012 selalunya akan disambut oleh sebilangan manusia bebal dengan jenaka-jenaka bodoh yang adakalanya menyusahkan tetapi menghiburkan bagi mereka.Bagi yang mengetahui tentang ciri-ciri 1 April dan sambutan yang dibuat oleh golongan pembebal,mungkin sebarang berita yang dilihat sensasi,hanya disambut dengan perasaan sinis.Tetapi bagi mereka yang baru nak belajar mengakses budaya maklumat,berita sensasi pada 1 April akan dipandang satu satu nilai berita yang amat tinggi.Justeru berita tentang keluarnya Datuk Shahril Abdul Samad,Ahli Parlimen Johor Bahru dari UMNO dan menyertai PAS bersama-sama ribuan pengikutnya yang diuar-uarkan dan dicanangkan oleh beberapa buah blog,merupakan sesuatu yang cukup terang bagi memperlihatkan betapa terdesaknya golongan penyokong PAS untuk melihat berlakunya senario ini.

saya nak cerita seditkit tentang sejarah Datuk Shahril Abdul Samad, Datuk Shahril Abdul Samad sepanjang kerjaya politiknya merupakan tokoh yang penuh warna-warni dengan pelbagai peristiwa menarik.Pada penghujung 1980-an dahulu,dia pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru untuk bertanding sebagai calon Bebas cap kunci sebagai menandakan bermulanya penglibatan Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah selepas Peristiwa Hitam 1987 yang menyaksikan UMNO diharamkan oleh undang-undang.Bagaimanapun pada tahun 1989,Datuk Shahril Abdul Samad kembali menyertai UMNO,bukannya Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Risiko yang diambil oleh Datuk Shahril Abdul Samad,membuahkan hasil.Dia menang besar dalam Pilihanraya Kecil tersebut dan bermula dari situ,undang-undang baru digubal untuk menggantung mana-mana perwakilan yang meletak jawatan dan bertanding semula selama 5 tahun.Dari tahun 1975 sehingga sekarang,Datuk Shahril Abdul Samad masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru.Pengaruhnya boleh dikatakan besar selaku Ahli Parlimen veteran.Apatah lagi hubungan darahnya dengan seorang lagi pemimpin besar PAS iaitu Khalid Samad yang cukup terkenal dengan gelaran GEREJA nya,menjadikan Datuk Shahril Abdul Samad sebagai individu yang cukup mudah dijadikan sasaran bahan jenaka oleh para propagandis Pakatan Haram.

Bagaimanapun berita keluarnya Datuk Shahril Abdul Samad dari UMNO dan menyertai PAS ditolak mentah-mentah oleh adiknya,Khalid Samad.Menurut Khalid Samad,sekiranya benar abangnya keluar UMNO dan menyertai PAS,sudah tentulah dia akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya.Malah Khalid Samad menyifatkan orang yang menyebarkan berita palsu berkenaan sebagai golongan tertentu yang sengaja mencari peluang sementara menunggu Pilihanraya Umum yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini Dan yang paling menariknya,berdasarkan sebarang maklumat, ‘golongan tertentu’ adalah mereka yang selama ini cukup kuat menyokong PAS dan Pakatan Haram !!! nampak sangat PAS ni dah terdesak,muahahahaha...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates