Social Icons

Pages

Thursday, April 19, 2012

KISAH BENAR !!! POLITIK DENDAM KHALID GAGAP KEPADA @NOHOMAR DAN BN MENJADI-JADI ???


Tidak dapat disangkal bahawa mutakhir ini Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor,Dato Noh Omar agak lantang dan kerap menimbulkan isu-isu yang mengganggu gugat kerajaan negeri Selangor.Kritikan Noh Omar telah menjadikan SELCAT yang mahu dipersembahkan kerajaan negeri kepada rakyat sebagai contoh ketelusan,akauntabiliti dan pentadbiran baik terdedah sebagai hanya wayang kulit atau mesin basuh baju untuk bersihkan pemimpin dan kakitangan Pakatan Haram yang tidak cekap,salahguna kuasa dan rasuah.Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah,penipuan akaun, lombong pasir,murtad, penderhakaan terhadap Sultan dan banyak lagi yang lain-lain.nanti saya sebut panjang berjela-jela.opsss

Sebagai kerajaan negeri yang mengaku diri mereka sebagai juara demokrasi sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan semangat demokrasi.setiap isu seharusnya dikaji dan jika sahih,ianya diperbetulkan,Ini tidak,Mereka lebih berusaha untuk cepat dan segera untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.Kadang kala,putarbelit bukan setakat menutup malu tetapi untuk membolehkan program menyamun diteruskan.Masalah perlombongan haram pasir masih berleluasan hingga unjuran pendapatan yang dijangka jauh dari pencapaian.Bersama penangkapan SPRM terhadap Kastam yang membantu penyeludupan pasir,ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar yang berlaku.

Mereka ungkit kata bawah BN pendapatan pasir sikit.Betul tetapi yang tidak diberitahu adalah BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.Terima kasih tidak di harap dari kerajaan yang terbangun dari budaya demostrasi,semangaat anti establishment,penentang institusi kenegaraan dan politik jalanan yang tidak beradab,bersopan dan bertamadun.Namun begitu,akibat kelantangan Noh Omar,nampaknya satu sikap berdendam pula yang dilihat datang dari pihak kerjaan negeri.

Peribadi dan kekeluargaan Noh Omar dicungkil.Gambar Noh Omar dan anak-anak bersama di satu Majlis untuk bersantai disebarkan seolah-olah Noh sedang bersama gundik atau call girl.agak-agak lah,kenapa sampai macam tu sekali anda kena kan Noh Omar.nampak sangat kerajaan negeri selangor di bawah Pakatan Haram ni takut terbongkar rahsia terbaru.kalau tidak kenapa nak edar ke Facebook dan medium lain seperti Twitter dan Blog.adakah Isteri beliau tak pakai tudung dan seksi ??? yang terbaru Usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj.PBT diarah kacau projek tersebut.Gangster seramai 70 dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka dengan cara mahu diroboh kuil mereka.apa cerita ni ??? PBT ?? teringat Ronnie Liu..

Kini keluar pula fitnah bahawa UMNO Tg Karang jual tanah hak milik kerajaan negeri di media mereka.Apa masalahnya sini untuk sesuatu orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang sama seperti orang lain.Apabila perlu,mereka membayar premium tanah.Tak tahu pulak saya bab UMNO TG Karang jual tanah tersebut tetapi kalau ianya boleh dilakukan atas apa sebab dan keperluan Bahagian parti politik apa salahnya,bukan bagi orang lain pun

Menurut Nasa Khan,AJK Lajnah Guaman PAS Pusat,sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti di katakan penuduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Adakah ada undang-undang yang dilanggar ??? Di Kota Baru pun,Nik Aziz tidak ada beri halangan,malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.Ini semua mungkin hanya permainan silap mata politik yang dibuat untuk membina persepsi buruk terhadap BN sebelum pilihanraya.Tuduhan yang belum pasti salah betulnya dijaja sana sini.Lepas pilihanraya,boleh dijangka ianya akan senyap dan sunyi begitu saja. Malahan laporan SPRM pun tiada dibuat.Dari PAS sibuk membantu propaganda bodoh PKR dan menyampaikan dendam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pencacainya seperti Dato Teng Chiam Kim dan Ronnie Liu, lebih elok PAS siasat isu-isu tanah yang lebih melibatkan rakyat.Oleh kerana PAS sudah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan hanya layak pada kacamata DAP dan PKR untuk jaga adat dan sukan, eloklah mereka siasat apa rakan mereka lakukan dalam kerajaan.

Siasatan apa yang terjadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM,YBK,Yayasan Selangor,padang PKNS dan lain-lain lagi menunggu masa untuk muncul.Ini lebih melibatkan rakyat.Kata PAS tu parti kebajikan dan percaya kuasa rakyat. Kotakanlah kata-kata tu dan jangan jadi ejen dendam seorang yang susah nak bercakap dengan sempurna.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates