Social Icons

Pages

Monday, May 07, 2012

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! HAK ASASI MANUSIA WAJAR DI HORMATI - @NOHOMAR !!! WAJIB LIHAT !!!



Penubuhan Kor Tani Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada tahun lalu kini berupaya menyediakan 700,000 peluang pekerjaan dalam sektor pertanian,khususnya kepada generasi muda menjelang 2020.Menterinya,Datuk Seri Noh Omar berkata ia berikutan komitmen dan semangat ditunjukkan golongan itu, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) begitu tinggi hingga menjadikan sektor pertanian semakin diminati orang muda.

"Sejak dilancarkan,kita berjaya mengumpulkan 5,283 ahli membabitkan peserta pasar tani, usahawan kecil dan sederhana,peladang,penternak,siswazah dalam bidang pengeluar atau pemasaran serta individu yang menerima peruntukan kementerian atau pinjaman Tekun Nasional (TEKUN).Hingga akhir tahun ini,kami menyasarkan keahlian 10,000 orang muda berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya selepas melancarkan Kor Tani MOA peringkat Zon Selatan serta penutupan Kursus Membina Pasukan Kor Tani MOA di Kem Permata Resort Ayer Pa'abas.



Seramai 740 peserta mewakili Melaka,Negeri Sembilan dan Johor menyertai kursus dua hari itu.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Datuk R Perumal; Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan,Datuk Yunus Rahmat,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Ab Aziz Kaprawi serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kor Tani MOA,Datuk Zainal Dahalan.Noh berkata,antara faedah diperoleh ahli apabila menyertai Kor Tani itu ialah keutamaan dalam setiap peruntukan pertanian daripada kementerian, selain memberi laluan mudah kepada mereka mendapatkan pinjaman institusi kewangan seperti Agrobank dan TEKUN.Pada masa sama,katanya, mereka juga akan dipelawa menyertai misi bantuan kesukarelawan bencana alam seperti banjir bagi membantu memperkemas dan membersihkan kawasan pertanian yang dilanda musibah.

"Selepas menyertai kursus, mereka akan diberi pinjaman bagi memulakan sektor pertanian di kawasan masing-masing dan diharap ia memberi galakan serta semangat baru kepada masyarakat untuk membangunkan sektor terbabit," katanya.

APA KATA DATUK SERI NOH OMAR BERKENAAN BERSIH 3.0 ???



RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates