Social Icons

Pages

Saturday, May 12, 2012

HOT NEWS !!! AARON AZIZ DAH TUKAR KERAKYATAN !!! APA KATA ALIFF AZIZ ??? WAJIB BACA !!!


sebelum ini anda sudah melihat Aaron Aziz sudah menukar kerakyatan dari Singapura ke Malaysia.berlainan pulak dengan Aliff Aziz.Walaupun terpaksa berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur dek kerana jurnal seninya banyak dihabiskan di Malaysia,Aliff Aziz mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menukar kerakyatan,seperti dipetik daripada laporan mStar.Baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu,penyanyi yang popular dengan lagu "Sayang Sayang" yang ditemui ketika majlis pelancaran album ketiganya berjudul "Aliff Aziz" memberitahu dia ingin melihat kemampuannya meneruskan karier dalam industri hiburan tempatan terlebih dahulu.

"Buat masa ini,saya hanya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali.Biarlah saya melihat sejauh mana kemampuan saya untuk bertahan dalam industri hiburan di sini.Masih terlalu awal untuk saya memohon kerakyatan Malaysia, apatah lagi belum sampai setahun lagi saya menetap di sini," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.

Masih lagi mengekalkan lagu berkonsepkan pop seperti albumnya sebelum ini,Aliff yakin pilihan muziknya itu mampu menawan hati para peminatnya di Malaysia.

"Saya berjaya menghasilkan album ini dalam tempoh tiga minggu sahaja.Semua ini adalah dengan bantuan dua komposer yang saya senangi iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti.Album ini berjaya mempamerkan sisi kematangan saya walaupun muziknya lebih kepada keremajaan," kata Aliff yang turut berpuas hati dengan produk akhir itu.

Sudah berada di pasaran sejak Mac lalu,album ini memuatkan sepuluh buah lagu seperti "Cinta Ya Cinta", "Jangan Ganggu Pacarku", "Cinta Dusta", "Nada Cinta" dan banyak lagi.Ia turut menampilkan sebuah lagu duet bersama Hao Ren menerusi lagu "Dilema Cinta".

No comments:

 
 
Blogger Templates