Tuan Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang.Dia adalah Ketua Penerangan PAS,pendek kata kalau PAS itu manusia,Tuan Ibrahim adalah lidahnya.Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi,punch keluar pukul 5.00 petang.Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti,berkenaan hal parti juga,dimana dan bila diperlukan.Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji,sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu ??? Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan,hal yang dia bercakap itu pun hal parti,melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.
Yang saya nampak,pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti,macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS,bukan amal ibadat kepada Allah swt.Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya.Kalau siar guna Harakah,selain backfire kepada diri mereka semula,respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja,bukan khalayak yang lebih ramai.Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.Apa yang saya nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS,cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan,maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim.Seperti biasa,Tuan Ibrahim akan senyap seketika,orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad) dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.
Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS,maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya ??? Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama,dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku,politik suku (Amanat Hadi Awang).Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat,terutama orang Islam di Malaysia ini.Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran,berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh,maklumlah,pembohongan yang disebut berulang-ulang,akhirnya akan nampak macam betul.
RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:
Boleh link blog saya http://siemens-melayumaju.blogspot.com/
Allah dah jemput ke Mekah, PAS jemput ke pilihanraya 13. Yang mana umat islam akan ikut?
Post a Comment