Social Icons

Pages

Wednesday, July 25, 2012

ADAKAH PAS YANG BEBAL ATAU PUN KARPAL SINGH YANG BIJAK ??? WAJIB BACA !!!


Tatkala kita membincangkang tentang PAS,jangan pernah lupa akan “kerosakan” dalam skala besar-besaran yang dipahat oleh PAS terhadap akidah ummah.Paling mudah,sama-sama kita fikirkan apa yang telah berlaku kepada kalimah Allah.Itu belum diambil kira pelbagai lagi “konspirasi penggadaian akidah” untuk undi,seperti isu IFC dan sebagainya.Rasanya seluruh rakyat Malaysia,khususnya umat Islam cukup faham akan “demam” hudud yang sering melanda hanya pada waktu-waktu tertentu,ataupun paling tepat,menjelang pilihanraya.Itu modal yang paling utama,kerana di sebalik “hudud PAS”,pengundi disajikan dengan syurga.Ada pula “fatwa anutan PAS”,mengundi PAS tiga kali di PRU,samada dengan pahala menunaikan ibadah haji.Masyaallah.Taubat lahom.Menjelang PRU yang sedang dihitung ramai, maka hudud, sekali lagi setelah begitulah ia bertahun-tahun, dijadikan modal utama PAS bagi menzahirkan betapa merekalah pejuang sebenar. Episod dari kemelut yang tidak berkesudahan ini sebenarnya telah lama dipatri mati oleh Karpal Singh, sehingga membawa kepada pengakuan seorang pemimpin PAS agar langkah mayatnya dahulu sekiranya mahu “menyentuh” Karpal Singh!

Andai kelihatan senyum sinikal dari Karpal, tidak mustahil sambil berkata di dalam hati “Bodoh punya Muslim”.Begitulah kuatnya semangat Karpal dalam tidak berkompromi dengan idea perlaksanaan hudud di negara ini.Debat di antara Fathul Bari dengan Nasrudin Hasan Tantawi membawa satu lagi dimensi baru, dalam pembuktian betapa PAS,samada bebal atau lebih mudah digelar bodoh ???

Dalam keghairahan berhujah,dibantu pula dengan lolongan penganut PAS yang ibarat mengalami “sawan”,Nasrudin Tantawi antara sedar dan tidak,cuba memberi impak maksima apabila membuat kenyataan yang bermaksud PAS akan melaksanakan hudud DAN KARPAL SINGH AKAN BERKOMPROMI tentang itu.

Belum pun sampai 24 jam debat itu berakhir, sekali Nasrudin dan PAS ditunjukkan tahap paradigma mereka yang cukup rendah oleh Karpal Singh.Tiada kompromi, itulah intipati sejati dalam ucapbalas Karpal Singh di akhbar News Straits Times berhubung dengan kenyataan Nasrudin di debat berkenaan.Tidak perlu untuk penulis mengulas panjang.Sejak dari dahulu lagi,Karpal Singh memang teguh dengan pendiriannya tentang hudud dan negara Islam. Dan itu tidak pernah berubah-ubah, sehinggalah kenyataan terbarunya ini.Hairan, mengapa ahlul PAS berkata Karpal Singh dan DAP akan berkompromi? Mereka buta,atau tuli? sememangnya merelakan diperlakukan sedemikian agar dapat terus menikmati sedikit kuasa yang membuatkan Islam dan Melayu binasa kelak. - Selangor Daily

No comments:

 
 
Blogger Templates