Social Icons

Pages

Friday, July 27, 2012

HOT NEWS !!! ABBY ABADI KENA BELASAH DENGAN PYANHABIB !!!


Pelakon dan penyajak terkenal,Pyanhabib Rahman hari ini membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya,kerja seniman atau artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.Pyanhabib yang membintangi filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada tahun 1980an itu juga menyoal jika PAS tidak memenangi pilihan raya umum (PRU) 13,apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya seterusnya.

“Kerja seniman adalah berkarya... Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider semalam,Abby Abadi berkata,dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.Sementara itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana baru beralih arah.

“Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru.Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua.PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik,” kata Meor.

Tambah penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara independen itu, kenyataan Abby memperlihatkan yang pelakon tersebut masih lagi dalam keadaan belum matang.

“Jadi bila masuk ke suasana yang baru rasa seronok itu ada, mungkin berlebihan.Jadi kenyataan (Abby) yang keluar pun kenyataan yang pra-matang, saya setuju dengan pendapat Zunar,” katanya lagi.

Sementara itu,kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli merasakan Abby Abadi terkeliru diantara Islam dan Arab.

“Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza. Islam sesuai untuk apa juga bangsa, tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik.Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya.Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanakyang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu,” kata Ronasina lagi.

2 comments:

Anonymous said...

si aby ni orang seni ke? kenapa nak tunggu BN tumbang baru nak berkarya seni jenis apa tu? adakah seni mencari jantan kalangan pas?

Anonymous said...

si aby ni orang seni ke? kenapa nak tunggu BN tumbang baru nak berkarya seni jenis apa tu? adakah seni mencari jantan kalangan pas?

 
 
Blogger Templates