Social Icons

Pages

Friday, July 27, 2012

KANTOI !!! PEMBERIAN BONUS !!! PAKATAN HARAM MENGELUARKAN 'FATWA' BARU ??? WAJIB BACA !!!


sebelum saya menceritakan tentang pemberian bonus,saya nak ceritakan mengenai pakatan haram.Jurang paling ketara di antara kerajaan dan pakatan haram boleh dinilai dengan perkataan "janji ditepati".masihkah anda ingat lagi terhadap janji manifesto 2008 pakatan haram kepada rakyat ??? Bersusun-susun janji tinggal janji,hanya dengan merujuk kepada manifesto sahaja.Itu belum diambil kira janji-janji yang dilafazkan secara lisan.Mungkin agak berat sekiranya kita ingin melabelkan mereka sebagai “munafik”,tetapi itulah ciri-ciri yang ada pada pakatan haram.Sejumlah 1.27 juta penjawat awam dan 657 ribu pesara kerajaan menerima manfaat terbaru dari kerajaan, apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi menghadapi lebaran yang bakal menjelma.Pembayaran akan dibuat pada 9 ogos ini dengan jumlah keseluruhan dijangka mencecah RM2.2 billion,kurang RM0.8 billion berbanding jumlah wang yang dilarikan oleh Anwar ke luar negara.Tentunya ini adalah khabar gembira kepada kakitangan awam,sungguhpun masih ada lagi segelintir yang enggan menyokong kerajaan. Ini bermakna tarbiyah dan didikan agar tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada yang memberi,yang diterapkan oleh pakatan haram berjaya mekar di sanubari penjawat awam.

Seperkara yang sedang bermain di minda saya ialah,apakah lagi tohmahan yang bakal diterima oleh Datuk Seri Najib dan syaf pimpinannya gara-gara bersifat prihatin dan berkebajikan.Pastinya,akan ada fitnah bagi menafikan pengumuman yang menguntungkan rakyat ini.kenapa pakatan haram ni ??? tak puas hati lagi ker ??? Tentunya,semakin meroyanlah pakatan haram menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda,BR1M,TR1M,KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.Sudahnya,Tuan Guru,Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’.Daripada duit haram jadi duit rakyat pula.Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya.Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi,jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai ??? Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna ??? anda jangan lupa,bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.Hakikatnya,sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat,duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.Oleh itu,berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikan.

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan.Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja,tidak bijak mengurus kewangan,negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat ??? Pakatan haram berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.Namun,realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil,makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana.

Hakikatnya,kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup,terutamanya di bandar-bandar.Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain.Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pakatan haram untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari,yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.Lebih buruk lagi,pakatan haram hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka.Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan,sebagai contoh,Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri.

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini,maka saya sarankan agar pemimpin pakatan haram mengambil sikap berdiam diri saja.Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.Rezeki jangan dicemuh,nikmat jangan dinafi,kerana ia pasti akan memakan diri sendiri.Apa yang pasti,tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari pakatan haram dalam apa jua keadaan.

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

Betulll...

Anonymous said...

Aku pesara syukur dapat rm500

AJAI62 said...

Assalam Bro

Sokong, syukur nikmat apa yang ALLAH swt berikan menerusi kebijaksanaan PM kita... Bagi puak satu lagi tu , kalau rasa duit tu HARAM, jangan ambil dan pulang balik... Percayalah Bro takan nya mereka pulangkan... Bagi pemimpin BIG BOss dia tu . diam ajelah sebab puak dia ni pun nak raya juga...

Anonymous said...

dalam seronok menghentam kerajaan.. mereka inilah juga yang berebut nak kerja dengan kerajaan.. salah satu sebabnya .. inilah.. ada pencen n ada bonus...
Aku dah tak tahu apa nak gelar jenis spesis mereka ini...

Aku dah pencen yg dapat manfaat dari kerajaa sedia ada

Anonymous said...

PAS TU DAH SESAT..SEBAB TU FIKIRAN DEPA PUN SESAT..PORAAHHHH HARAM KEPALA OTAK DIA..RAKAYT SUSAH X DE DUIT NAK BERAYA LAA....KALAU X MAU BONUS TU AMBIK P MASUK TABUNG MESJID..JANGAN BANYAK SONGEH.

Anonymous said...

Orang yang dah ditutup mata dan telingga,mana nak bersukur,buatlah macam mana pun dia tetap buta,wlau diturunkan nabi dari kaum merika sekali pun merika tetap tidak mengikut ajaran rasul2 yg membawa kebenaran.

Anonymous said...

Dgr kata shor, kedah, penag dan kelantan dapat bonus kondom dan pelicin KY free...

jazfarina ashrinn said...

setuju..setuju..setuju...kami 1 family penyokong umno..parents saya pernah mohon BR1M, tp ditolak, tp kami langsung tak melatah, dlm fikiran kami, masih ramai yg memerlukan, mgkin rezeki yg dikurniakan Tuhan tlh mencukupi untk fmly kami..lgpun, msh byk bantuan yg kami nikmati, jln raya, court futsal, tandas awam, kemudahan air & elektrik dan byk lg..apa yg dilakukan Umno skrg, sgt2lah bagus untk rakyat..tanpa ada diskriminasi kaum, semua rakyat dpt merasai nikmat hidup di bumi bertuah Malaysia..kami sekeluarga penyokongkuat Umno adalah krn cintakan Malaysia, bkn taksub trhdp pemimpin yg mjadi petualang negara...

Anonymous said...

Pakatan haram sesat tak tahu bersyukur.

hamba ALLAh said...

Udah2 la ni la yang buat umat islam lemah bergaduh sesama sendiri dan tak sedar diri dengan keaadaan.pernahkah kita lihat agama lain bertelagah mcm kita.perpaduan yang nabi nak bukan perpecahan walaupun dia tiada disisi kita tetapi dia memerhatikan kita, sanggup ke kita buat Rasul kita bersedih tiap2 hari.

 
 
Blogger Templates