Social Icons

Pages

Thursday, July 26, 2012

HOT NEWS !!! ULAMA !!! SAYAP PARTI TERBARU UMNO ??? WAJIB BACA !!!


Apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO,Ust Fathul Bari Mat Jahaya mencadangkan penubuhan majlis ulama UMNO,penulis melihat ini sebagai satu cadangan yang bernas,selari dengan konsistensi UMNO yang memperjuangkan Islam walau apapun tohmahan yang dilontarkan kepada UMNO sejak kemerdekaan negara.Penulis berharap,agar ianya menjadi kenyataan.Namun,bukanlah secara terburu,sebelum beberapa perkara diperjelaskan.Ini amat penting dalam memastikan penubuhannya bukanlah sekadar “melepaskan batok di tangga”.Penulis merasakan kewajaran untuk majlis yang dibentuk ini diberikan bidang kuasa yang agak luas, iaitu dalam pembentukkan dasar parti, yang seterusnya membawa kepada pencorakkan halatuju UMNO itu sendiri. Ini bukanlah asing kepada UMNO, yang seringkali menjadikan bijak pandai Islam sebagai sumber rujukan tertentu.Lihat sahaja lambang UMNO.Bukan calang-calang yang mampu mengeluarkan dayafikir sebegitu.

Bidang kuasa tersebut penting,kerana memberi lebih kebarangkalian kepuasan kepada golongan berkenaan.Maksud penulis,dari segi sumbangan.Bagaimanapun,sumbangan Ulama akan menjadi terhad,sekiranya majlis yang diusulkan itu hanya untuk memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan Islam semata.Tidak boleh dinafikan,pendapat golongan ilmuwan Islam ini amat ditagih dalam isu-isu semasa politik yang melibatkan agama Dan pastinya, ia bakal menjadi salah satu KPI ahli-ahli majlis itu kelak.Maka, seharusnya “empowerment” boleh diagihkan kepada majlis ini, untuk mendapatkan “job satisfaction”.Majlis ini seharusnya menjadi samada komponen khas, atau pun majlis yang bernaung di bawah UMNO,tetapi bukan sebagai sayap parti.Sayap parti,bermakna ia terbuka kepada kemungkinan untuk bertanding jawatan di dalam politik,yang akhirnya boleh menimbulkan fitnah kepada majlis berkenaan.Itu belum diambil kira sekiranya majlis ini juga berhasrat untuk meletakkan ahli mereka sebagai calon bertanding pada piliharanraya,sebagai mana yang sedang berlaku ke atas ilmuwan agama yang bertindak sebagai kononnya aktivis.Sukar untuk mengelak dari rasa manisnya kuasa, kerana medan permainan mereka adalah politik.

Kerisauan penulis ini berasas,terutamanya apabila mengenang kembali,bagaimana segolongan ilmuwan agama,yang kalah bertanding,kemudian merajuk dan menubuhkan Parti Islam Se-Malaya atau PAS.Ini adalah titik tolak kepada perpecahan ummah.Waima golongan ulama sekalipun, mereka juga manusia, dan tidak terkecuali dari keinginan untuk berkuasa. Itu lumrah hitam putih kehidupan.Maka,seeloknya,golongan ulama yang menyertai UMNO tidak dijadikan sebagai sayap. Sejarah telah mengajar kita. Cukup untuk menjadi sebuah majlis, yang bertujuan memberi nasihat, pandangan dan pembuat dasar di dalam UMNO Dan kepada Ust Fathul Bari, atau seluruh anggota ILMU dan ilmuwan Islam yang berkeinginan menyertai UMNO, sedikit pesan penulis untuk sama-sama direnungi.Jangan mudah merajuk, jangan mudah putus asa atas apa jua halangan ketika berjuang bersama UMNO. Pastinya parti UMNO akan terus menjadi tunjang terbaik Barisan Nasional dengan penyertaan lebih ramai golongan ilmuwan Islam. - Selangor Daily

1 comment:

Anonymous said...

sebagai mokmeen pas sepatutnya terima berita ini denan perasaan bangga dan berlapang dada

apa yang berlaku ialah pas terima berita ini dengan perasaan malu dan sempit dada. apa nak jadi...

 
 
Blogger Templates