Social Icons

Pages

Thursday, July 26, 2012

KANTOI !!! SLOGAN #JANJIDITEPATI !!! PAKATAN HARAM NAK UGUT KERAJAAN ??? APA CERITA NI ???



Fobia pakatan haram terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.pakatan haram bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.Untuk itu,Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau pakatan haram akan mencadangkan tema lain.Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.jap,saya terfikir sesuatu.kenapa pulak nak tukar ??? pakatan haram dah tunaikan janji kepada rakyat ker ??? ini kan hanya slogan.kenapa nak marah.tapi satu benda saya nak bagitahu yang Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.ok lah tu...dah pakatan haram tak tunaikan janji

saya nak tanya juga,mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada pakatan haram ??? opsss...saya nak tanya sesuatu,siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan ??? Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan ??? Sedangkan di dalam Pakatan haram sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang.Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan ??? tolong jawab persoalan saya wahai pembaca Badut Rakyat khususnya dari pakatan haram.

Lagipun,apa yang PAS faham dengan kemerdekaan ??? Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP,adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia ??? Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan ??? Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini. Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.betul tak wahai pembaca Badut Rakyat ???

Sebelum ini,sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.yang Jelas,tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan,Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.Jika inilah masalahnya,maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan,tetapi sikap dari pakatan haram itu sendiri. Siapa suruh tidak tepati janji ??? Takkanlah kerana pakatan haram tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah ??? agak-agaklah bro !!!

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur,aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Mengarut lah isi point kau dol..terima lah sahaja hakikat itulah slogan paling bodoh untuk tema kemerdekaan kali ini dan juga logo copy paste paling pemalas di abad ini. ^_^

Jangan terlampau taksub kepada politik sampai anda buta.

Dengar kata hati anda,anda jangan menipu diri sendiri soal tema dan logo kemerdekaan kali ini yang begitu oh crap!

-Politik Taksub-

pak itam said...

hehe betul tu bro.. ini bukan pasal politik tapi isu patriotik.. xde kono mengena slogan tu dengan kemerdekaan negara kita..logo plak sape la buleh sonang2 approve tu memang la buta dan otak letak kat pale lutut...pihak yg sana menyerang vs pihak yang ni bertahan tapi longlai....

RealitiKEBENARAN said...

Lagi pelik jika ada rakyat sengaja membuta-pekakkan pencapaian 55 tahun kemakmuran dinikmati sempena kemerdekaan negara tercinta!

 
 
Blogger Templates