Social Icons

Pages

Sunday, August 05, 2012

EKSKLUSIF !!! APA BEZA DATUK T YANG KELUARKAN VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM DAN RAFIZI LEMBU BAFIA !!!



Akhir-akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.Senang cakap berani buat..tak berani tanggung.Makanya bila kerajaan bertindak ‘lambat siang’ riuh tuduh zalim dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain kepada umum.Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar skandal NFC.Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal whistleblowers kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh didakwa.Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada Rafizi.Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan akaun bank itu.Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di sini.Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan “telah gigit apa yang tidak mampu dikunyahnya,” atau dalam kata lain terlebih aksi.

Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa membabitkan bos Rafizi,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya,ada tarikh dan ada individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.Keutuhan pendedahan itu diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks itu 99.9 tulen.Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?

Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan) di Hotel Carcosa di ibu negara.Mendedahkan skandal Anwar itu tidak salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.Mereka bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.Tidak ada siapa pun dikalangan penyokong kerajaan yang menjulang mereka sebagai hero atau desak mereka tidak boleh didakwa kerana merupakan whistleblower tentang perangai jijik seorang pemimpin politik.

Sebab semua faham,dalam hendak membongkarnya ketiga-tiga mereka telah ‘melanggar garisan’ dan di Malaysia atau mana-mana negara berdaulat yang langgar garisan kena hukum.Tidak perlulah hendak jadikan Rafizi sebagai hero dan gunakan wang rakyat Selangor untuk tanggong khidmat guaman membelanya.Menurut Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan,pembangkang tidak seharusnya membiarkan orang bersalah menjadi hero dalam masyarakat.Katanya,orang bersalah akan tetap bersalah dan menerima hukuman yang sepatutnya dan bukan diletakkan sebagai penyelamat.

“Kalau Rafizi atau sesiapa pun bersalah memang patut terima hukuman dan tak boleh lepaskan diri. Jangan jadikan dia sebagai hero pula, itu tak wajar,” kata beliau.

Mudah cerita,jangan ingat bila kita jadi pembangkang kita dapat tiket untuk buat apa sahaja ikut suka hati dan apabila kerajaan bertindak maka itu bermakna kerajaan menindas pembangkang.Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang.Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.

Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun deposit tetap dibawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu.Pada 17 Mac 2007,tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka.PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun.

Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah – ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.Pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan.Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland, Singapura dan Luxembourg serta bank-bank ‘offshore’ dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain.Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan (BAFIA) pada tahun 1989.Di bawah BAFIA,terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.

Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan.Sebab itu bagi Abdul Rahman Dahlan,Rafizi sepatutnya meneliti undang-undang di negara ini sebelum terlalu ghairah membuat mana-mana pendedahan bersabit maklumat dan hak individu di setiap perbankan.

“Dalam cubaan kita untuk menguruskan negara, kita tidak boleh melanggar undang-undang walaupun tujuan kita itu baik tetapi melanggar undang-undang adalah satu perkara yang tidak betul.BAFIA dibuat supaya kita mempunyai sistem di mana tidak ada orang boleh menyebarkan maklumat perbankan seorang individu yang lain, jadi di situ sudah berlaku satu kesalahan,” katanya.

Menurut Rahman,apa yang jadi pada Rafizi semalam turut boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang tersilap catur dalam meneliti sebarang kekebalan undang-undang di negara ini.

“Kalau pihak polis menggunakan kekerasan dan didapati betul, dan pihak mahkamah mendapati ia salah,mereka juga patut mengikut peraturan.Perkaranya ialah cara mendapatkan maklumat itu,jika didapati daripada cara yang tidak betul, maka ia tidak boleh digunapakai dalam sistem kehakiman,beginilah juga kes Rafizi.Walaupun mungkin,dia hendak beri tahu orang ramai atas isu NFC tetapi menggunakan platform parti untuk membawa satu maklumat mengenai perbankan orang lain dan itu salah,jadi kita perlu hormati undang-undang,” katanya lagi.

Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.Beliau didakwa mengikut BAFIA, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Selain itu, kerani bank Johari Mohamad,41,yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Oleh Helmi Agenda Daily

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

TRIO T DAH KENA CHARGE DI MAKHAMAH,DAN TELAH BAYAR DENDA,APA LAGI,CIK RAFIZI NI TUNGGU LAH APABILA DI CHARGE DI MAHKAMAH NANTI BAYARLAH DENDA!!!!!

Anonymous said...

denda atas kesalahan BAFIA lagi tinggi dari denda tayang video seks..itu yg rafizi tgh menggelupor skrg ni..

KepalaAngin said...

Padan muka...tersengih sengih pi la tersengih dlm penjara tuh...

PJUang14 said...

jaja video seks lagi untung ma dari cerita lembu.........habuan basar ma.......

 
 
Blogger Templates