Social Icons

Pages

Sunday, August 12, 2012

KRISIS AIR !!! KHALID GAGAP KENA BANTAI DENGAN @NOHOMAR KAW-KAW !!!


BN Selangor mencabar Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengotakan kenyataannya selama ini dalam menyelesaikan krisis air di negeri Selangor.Timbalan Pengerusinya,Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan termasuk berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September. berhasrat untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas.

“Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah.kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah.

Tambahnya,kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air. Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan.

“Berbeza dengan kerajaan Selangor,kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air. Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat.

Bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.Menurut Noh,tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor.Beliau menambah,Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan.

“Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikan bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN.jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap.kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji ni.Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1890 juta liter sehari dari Karak,Pahang ke Hulu Langat melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air.Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dicadangkan untuk dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan air sehingga tahun 2025.Sebuah empangan (Empangan Kelau) juga dibina bagi menjamin aliran air yang mencukupi di Sungai Semantan.Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap kelak, terowong penyaluran air yang sedang dibina merupakan terowong air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia.

No comments:

 
 
Blogger Templates