Kapasiti pengeluaran air sedia ada di kesemua loji rawatan air di negeri ini pada masa ini telah pun mencapai tahap pengeluaran maksimum ataupun melebihi had kapasiti rekabentuk.Dengan keadaan rezab bekalan air yang rendah pada masa ini, kemungkinan situasi pembekalan air yang kritikal boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat gangguan di loji rawatan air.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Dato’ Sohaimi Shahadan berkata,disebabkan peningkatan permintaan bekalan air berbeza mengikut kawasan, terdapat sesetengah kawasan pada masa ini kadar permintaannya hampir sama atau melebihi tahap pembekalan.
“Ini secara langsung mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut terutama semasa penggunaan puncak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang berlaku di Pangsapuri Putra Budiman, Taman Bukit Belimbing dan beberapa kawasan lain yang menghadapi catuan air sejak beberapa minggu lalu.
Penyelesaian masalah ini bagi jangka masa panjang ialah mendapatkan bekalan air menerusi sumber yang baru seperti Projek Penyaluran Air Mentah (PPAM) dari Pahang ke Selangor dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).Malangnya projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kedegilan dan keengganan Kerajaan negeri untuk meneruskannya kerana mendakwa projek tersebut untuk kroni Barisan Nasional (BN) dan menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan tarif air akan meningkat,” ujarnya selepas melawat tapak Projek Langat 2 bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor,Datuk Seri Noh Omar semalam.
Tambahnya,kerajaan negeri tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan tariff air kerana projek Langat 2 masih belum dimulakan. Sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tariff air, bukan Kerajaan Pusat.
“Kerana itu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (NGO) membawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan media massa melawat projek Langat 2 yang tidak dapat diteruskan untuk melihat sendiri kepentingan dan keperluan loji ini bila siap dibina kelak.Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah dari sumber air mentah seperti yang dinyatakan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya, tetapi masalah sekarang ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan seharian seperti minum dan mandi, bukannya menggunakan air mentah yang disedut secara terus dari empangan, sungai atau lombong. Air mentah dari Pahang yang disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh (dalam lingkungan 500km berbanding Tasik Kenyir yang lebih jauh jaraknya seperti dicadangkan kerajaan negeri), di samping loji baru yang memerlukan sumber air yang lebih banyak,” tambahnya lagi.
Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Abdul Khalid bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air 1991 akibat fenomena El-Nino boleh berulang kembali. Malah Suruhanjaya Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan 34 loji rawatan air Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.Dalam masa yang sama,GPRS turut membidas kenyatan dangkal Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa paras air empangan di negeri ini melimpah dan tidak digunakan, menunjukan beliau tidak mendapat maklumat yang betul atau sengaja mempamer sisi kebodohan beliau.Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Untuk pengetahuan Xavier, air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja jika digunakan secara berterusan.
“GPRS turut kesal dengan sikap prejudis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuduh krisis air sengaja direka bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan untuk diberikan kepada Puncak Niaga sebagai habuan.Beliau bercakap tanpa bersandarkan maklumat yang sahih, hearsay dan hanya berpandukan kepada tuduhan semata-mata.Ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang penuh hasad dengki dan sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan politik.Saya mencabar beliau datang ke tapak projek ini untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang benar mengenai projek Langat 2 yang dibina untuk kepentingan rakyat. Bahkan projek ini jika siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya.Justeru GPRS mendesak agar kerajaan negeri tidak bermain politik demi keperluan dan kepentingan rakyat dan menyokong langkah Kerajaan Pusat meneruskan projek Langat 2 demi rakyat Selangor,” tambahnya lagi.
Pengalaman lepas yang pernah dialami rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kerajaan negeri untuk mengetepikan perbezaan politik dan kepentingan kepartian,sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk.Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air terus disekat, bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi.Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama dan jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. Jika sesuatu buruk berlaku kepada rakyat pada masa akan datang,Abdul Khalid perlu bertanggungjawab.Sekali saya memetik perumpaan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa tidak guna jika kita mempunyai bekalan padi yang banyak tetapi tidak mempunyai kilang untuk memproses menjadikannya sebagai beras.Rakyat mahu makan beras, bukan padi. Oleh demikian menjadi tugas dan tanggungjawab menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan beras yang secukupnya kepada rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. - Sahabat Gunung

No comments:
Post a Comment