Social Icons

Pages

Wednesday, September 26, 2012

JET PERIBADI !!! KANTOI !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM SEWA DARI RAKAN ATAUPUN SEBALIKNYA ???


Belum pun memerintah,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju,lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana Mungkin akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.Keluarga pemerintah,menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.Pendek kata,rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid,mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.saya membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah,Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu. 

Kalau mereka cerdik,tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.Justeru,Anwar,Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain,kerana jika 10 orang ditanya,maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.Kata Anwar,jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar,Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar,dengan kos yang dirahsiakan.Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois,resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri,maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.Jika dari poket kerajaan negeri Selangor,maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR Dan begitulah seterusnya.Jika ianya ditaja,iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar,maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. 

Untuk ini,Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.saya ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi,Sorosatau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.Begitu juga jika ianya dipinjamkan,bak kata Nurul Izzah.Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati,pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti,Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat,setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus ??? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza ??? Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR ??? Jika pemimpin BN bermewah,bukan main lagi dikutuk mereka,tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui,segalanya menjadi tidak apa pula.Seharusnya,penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih,telus,adil dan berintegriti

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates