Social Icons

Pages

Wednesday, September 26, 2012

KANTOI !!! KATA SAHABAT !!! APA CERITA NI ??? KOS SEWA JET RM96,000 ??? DUIT SIAPA ANWAR IBRAHIM GUNA TU ???


Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan,Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.Menurut sumber,kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang,jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).Difahamkan,urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.Sementara itu,Pengerusi Tjets,Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil) menjelaskan,beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional. 

Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat. “Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya. “Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat,” jelasnya. Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com. Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. “Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? “Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun.Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya lagi. Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar. “Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya? “Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku,” katanya – Kosmo

2 comments:

Anonymous said...

Gaji sebulan satu hinggit. mampu sewa jet 96,000 hinggit?.
Aiya apek.
Satu bulan satu hinggit, kalau gitu memerlukan 96,000 bulan sama dengan 8000 tahun.
Ini sudah kiamat baru nak boleh naik jet ni...
Banyak kelentong laa Pakatan rakyat ni terutama PKR.
cilakau punya PR.

Anonymous said...

PM guna bas sewa dah melompat2 terpekik2 puak2 PR.. kononnya guna duit rakyat..

nuar and the geng.. siap guna jet mewah, bas mewah, rumah mewah, kete mewah... ambik duit dari mana..??
pasal apa puak2 balaci buat2 tak nampak plak..??

 
 
Blogger Templates