Social Icons

Pages

Sunday, November 11, 2012

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI YAYASAN SELANGOR KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan dan tujuan kerajaan Selangor mengambil tanah milik Yayasan Selangor seluas 7.32 hektar di Klang. 

"Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri rampas tanah itu daripada Yayasan Selangor... kita terima ia gagal dibangunkan seperti perjanjian yang dibuat namun tanah berkenaan tidak sepatutnya diambil.Beliau berkata,alasan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri itu ekoran kegagalan sebuah syarikat membangunkannya, adalah tidak wajar kerana ia sepatutnya diberikan kepada Yayasan Selangor.Abdul Khalid selaku pengerusi yayasan itu sepatutnya lebih peka dan faham bahawa tanah berkenaan tetap milik Yayasan Selangor dan tidak sepatutnya dirampas oleh sesiapa termasuk kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, 

Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2012 di Dataran Banting di sini hari ini.Noh mendakwa Yayasan Selangor masih menjadi pemilik asal seperti yang tercatat dalam geran tanah berkenaan malah yayasan itu juga yang membuat bayaran premium tanah sebelum ini. Semalam, Abdul Khalid dalam satu sidang media, memperjelaskan bahawa tanah tersebut bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN. Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah tersebut akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina. Beliau berkata, buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...



noh omar merapu... otak kepala lutut..

SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.


noh omar --- bagaimana dgn ladang udang ...heheheheheheheeeeeeeee

Anonymous said...

KALAU ADA STATISTIK PEROLEHAN DI
DALAM SELANGOR INI,
JANGAN DI KATAKAN KERJA ORANG POLITIK
PARTI PKR.
MALAYSIA INI YG CONDUSIF, BUKAN
SETAKAT SELANGOR JE.
KALAU PAKATAN JAGA SATU MALAYSIA
HABIS LINGKUP DAN TAK CONDUSIF.
PEROLEHAN TINGGI DATANG DARI
SEMUA SYARIKAT SWASTA YG BERKERJA
KERAS. KEBETULAN KEDUDUKAN DI SELANGOR
SEJAK LEBIH 10 TAHUN DULU.
KPI UNTUK PKR DI UKUR DARI MORAL
RAKYAT TERHADAP:
1. KEPUTUSAN PENTADBIRAN TERBARU.
2. CUKAI-CUKAI TERBARU
3. PROJEK PEMBANGUNAN RAKYAT
4. KEBEROLEHAN BUMIPUTRA.

HAL EKONOMI ITU SATU MALAYSIA KITA
JAGA DARI DULU ANEE..

 
 
Blogger Templates