Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan ungkapan pandykutti (anak babi),kali ini terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang dituduh oleh beliau sebagai sengaja menfitnah anaknya Nurul Izzah.Ini kali kedua Anwar menggunakan ungkapan menghina dalam bahasa Tamil.Pada tahun lalu,beliau dikecam kerana menggunakan perkataan menjijikkan itu ketika mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Petang Semalam,Anwar menggunakan ayat sama itu terhadap media arus perdana pada majlis sambutan Deepavali anjuran kerajaan negeri Selangor.Beliau menggunakan majlis sambutan itu untuk menafikan dakwaan bahawa Nurul adalah pro-murtad.
"Saya tidak rasa masalah walaupun sekarang isu agama dimainkan sebegitu rupa, sekarang Nurul Izzah hari-hari kena hentam TV3,Utusan, media-Umno.Dia (media) kata Nurul Izzah minta orang Melayu suruh keluar Islam,ini 'pandykutty' punya cakap..ada betul ke.. tak betul.. saya tahu.. saya 'train' (didik) dia," kata Anwar pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang di Jalan Tengku Kelana.
Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak hadir pada majlis itu.Khalid sebelum ini menolak tuduhan Anwar bahawa Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) mengikut telunjuk Umno dalam menuntut penjelasan daripada Nurul.Pada wacana anjuran pergerakan Kristian di Subang Sabtu lalu,Nurul dilaporkan berkata kebebasan agama sepatutnya dilaksanakan sama rata dan bukan terbatas kepada bukan Islam sahaja.
“Tidak ada paksaan di dalam Islam.Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul ketika menjawab pertanyaan seorang peguam mengenai isu itu.
Peguam berkenaan Siti Kasim dilaporkan kesal dengan tindakan Nurul menarik balik kenyataan itu berikutan kritikan orang ramai, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan.Pada majlis petang semalam,Anwar mempertahankan kenyataan Nurul pada wacana itu dan mendakwa anaknya menjadi mangsa fitnah media.
"Dia (Nurul Izzah) cuma mahu cakap jangan paksa.. kita mahu hidup cara baik-baik.. itu saja.. orang Islam mesti kuat Islam dia. Tapi untuk itu dia (media) pusing.. dia mainkan.Mana-mana kampung saya pergi…orang tanya ini apa TV3 cakap itu ada betul ke? Saya cakap sudah puluh tahun dia (media) tipu jadi kita jangan (percaya),” kata Anwar.
kelmarin,Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Nurul itu mungkin celaru namun menganggap ledakan kritikan terhadap Ahli Parlimen PKR itu tercetus hanya kerana beliau pembangkang.Sisters In Islam(SIS) bagaimanapun menyokong Nurul dan menegaskan bahawa orang Islam harus dibenarkan keluar daripada agama itu jika mereka tidak lagi berpegang kepada ajarannya.Perundangan di Malaysia mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.
1 comment:
sebagai umat islam yang cintakan agama Allah ini, maka marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan yasin dan mohon Allah jauhkan bala yang dibawa oleh pakatan haram ini. dan sebagai mengambil berkat dari doa pemimpin yang adil lagi zuhud iaitu tuan guru nik aziz nik mat yang mashur itu maka marilah kita gunakan doa tersebut, “ya Allah dengan berkat bacaan yasin dan berkat doa tuan guru nik aziz nik mat yang telah memohon puak yang batil itu hancur lebur dan dihantar tentera ahzab musnahkan mereka … engkau hantarkanlah tentera ahzab dan musnahkan mereka yang batil itu … yang mengamalkan fahaman asobiyah iaitu mempertahankan puak-puak mereka sekiranya puak mereka berzina mereka halalkan dengan berkata tidak salah sifulan berzina dengan bini orang, dan berkata siapa yang fitnah pemimpin mereka meliwat maka orang tersebut perlu jilat kaki pemimpin tersebut dan menggunakan medan ceramah dan kutbah jumaat untuk mempertahankan pemimpin tersebut … itulah amalan asobiyah yang paling hina … musnahkan kesatuan mereka dan pemimpin mereka yang sesat dan menyesatkan itu … ilmuan mereka juga enggan menegur sesama sendiri apabila ada diantara mereka yang mahu berkawan dengan iblis demi menjatuhkan kepimpinan sekarang … musnahkan mereka itu kerana mereka adalah asobiyah yang dihina oleh nabiMu. dan ya Allah ya tuhanku engkau munsahkan pemimpin mereka yang meliwat itu sebagaimana engkau musnahkan puak nabi lut …”
Post a Comment