Social Icons

Pages

Wednesday, December 12, 2012

PEMBANGUNAN DI SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN NEGERI KAW-KAW !!!

Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang.

"Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir) Barisan Nasional (BN).Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar,malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkansebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85bilion.Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta.

Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa. "Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor,mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya. Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.Sementara itu,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.Beliau berkata seperti contoh,Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Dis ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas."Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan diSelangor Agro Fest ada konsert dan pesta."Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam.Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates