Social Icons

Pages

Tuesday, January 15, 2013

HOT NEWS !!! HIMPUNAN #KL112 !!! MELOYAKINI PATUT PECAT JURUGAMBAR !!! WAJIB BACA !!!


Portal pro pembangkang,Meloyakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus,bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.Meloyakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri),manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat,jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium,yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu,ruang tempat duduk masih banyak yang kosong,sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. 

Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.Berdasarkan senario itu,jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang.Di luar stadium kawasannya tak begitu besar,tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang.Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium. Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Meloyakini jelas berbeza dengan suasana sebenar.Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong. Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan,ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.saya faham Meloyakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112,namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.Lagipun cubaan Meloyakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu,portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini,Meloyakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar ??? Nampaknya Meloyakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri,andainya Meloyakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan,eloklah bertindak sekarang.Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca,lebih bagus dipecat sahaja.Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Meloyakini,baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.

RENUNG-RENUNGKAN 

5 comments:

Brahim Nyior said...

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sebenarnya bertujuan memberi mesej kepada rakyat, bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan daripada sebahagian rakyat biarpun program kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib diterima di peringkat akar umbi.

Adalah malang jika kita mentafsirkan HKR sebagai indikasi kepada pilihan rakyat untuk PRU123, sedangkan program kerajaan di bawah transformasi pimpinan Najib tampak berhasil memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Kita tidak harus lupa, HKR juga dijadikan alasan menekan kerajaan jika ia berkesudahan dengan keganasan.

Mujurnya, ia tidak berlaku.

Saya pohon kepada DS Najib, tolong percepatkan tarikh pembubaran Parliemn, kerana saya sudah bosan dengan permainan pembangkang memperkudakan rakyat.

Alifnajmi said...

Kerana tu mereka menolak Stadium Bukit Jalil sebagai tmpt berhimpun. Mereka tahu mereka takkan mampu memenuhkan Stadium Nasional tu.

Anonymous said...

Kalau di barat pemimpin bermasalah Moral di nyahkan dari Politik..sendiri letak jawatan, d malaysia di puji puja dan d sembah..tp kalau jadi PM pun tak lama..Rakyat akan sedar? Dia berhimpun d jalanan, BN akan buat benda yang sama, Pening kepala takuk pak jubur tu nanti. Aka kaldai yahudi aka barat

Unknown said...

Takkan lari gunung dikejar. Parlimen akan bubar dalam 100 hari lagi. Masa tu puak pakatan dah tak ada alasan utk tidak membubarkan DUN negeri yang mereka perintah.. BN monang bosa!!!

Anonymous said...

Korg ni pelik la.. Ada setengah kwn sy xdpt msk sbb terlalu pack didlm stadium.. Gambar yg byk kosong dlm pukul 11 lebih xsilap.. Pukul 2 dh xleh msk stadium.. Org yg berpeluh2 nk msk dlm stadium korg xnk tnye pngalaman..mmg kami tdk tau brp anggaran org yg pergi tp kami lihat sndiri dgn mata kpala sndiri.. Rmainye manusia..Subhanallah..

 
 
Blogger Templates