Social Icons

Pages

Friday, March 08, 2013

BONGKAR !!! PERMULAAN KEJATUHAN DINASTI ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA !!! WAJIB BACA !!!


sila lihat gambar di bawah dan saya akan jelaskan semuanya.



YB Tuan guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang 
Pejabat Agung PAS Pusat No. 38-A Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur          4 Mac 2013 

Saya Mohd Fareez Kamal Intidzam,890625-10-5273,mengakui bahawa saya adalah seorang ahli parti keadilan rakyat dan merangkap selaku Setiausaha Politik kepada YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan) sejak tahun 2008.Saya juga mengakui bahawa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim,(Ketua Umum Keadilan) di mana sejak tahun 2008 saya dan Anwar amat dicemburui oleh isteri beliau dan anaknya Nurul Izzah Anwar.Maka saya dengan ini meminta jasa baik tuan guru untuk menyelamatkan plihanraya ini dari sikap negative Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mahu menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim. 

Saya berpendapat hanya tuan Guru seorang sahaja,selaku Presiden Pas yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden sebelum menjelang PRU13.Lagipun wan azizah tidak boleh bertanding Parlimen,maka apa gunanya jadi Presiden jikalau tidak boleh bertanding kerusi parlimen.ini sesuatu yang amat memalukan PR.Ramai Ahli-ahli keadilan yakin dengan kewibawaan YB Azmin Ali yang dilihat memang layak dan mampu memimpin ke arah kecemerlangan PR pada PRU13.YB Azmin seorang pemimpin yang lengkap dan tidak seperti Wan Azizah yang saya yakin semua pihak Pakatan akui,hanya sebagai proxy tanpa kewibawaan kepimpinan dan suka berpura-pura tidak tahu dalam perbagai perkara dan isu.

Surat di atas telah disebarkan oleh laman web Malaysia Today,milik penulis pengecut yang sakit jiwa,iaitu Raja Petra Kamaruddin.Jangan ditanya kenapa dan bagaimana web beliau mendapat surat tersebut kerana jika ianya RPK,ia pasti dijayakan dan jika ianya tidak benar,ia pasti akan direka-ciptakan.Walaupun surat ringkas tersebut memperlihatkan sipenulis sebagai menyebelahi Anwar,tetapi ia jelas bertujuan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Anwar sekali gus.Penulisnya nampaknya dengan sengaja cuba menimbulkan keraguan mengenai hubungannya dengan Anwar yang terkenal sebagai biseksual tersohor.Penulisnya juga tanpa berselindung memuji Azmin untuk menobatkan Azmin sebagai satu-satunya pemimpin yang layak menerajui PKR.sudah tentulah kita musykil melihat surat ringkas yang terlalu ‘straight-to-the-point’ ini.Apatah lagi apabila ia ditujukan kepada Hadi Awang,Presiden PAS yang hanya dipandang sebelah mata saja dalam kepimpinan PR.Semua orang sedia maklum bahawa Hadi Awang di mata DAP dan PKR,adalah jauh lebih hina dari orang-orang yang dihinanya,seperti rakyat Sarawak yang dikatakan masih bercawat atau guru sekolah rendah yang dikatakan tidak layak memberi teguran dan pandangan. 

Hadi dan PAS adalah tidak lebih dari sekadar kuda tunggangan atau anjing kurap yang sanggup berbuat apa saja termasuk makan najis sendiri demi secebis peluang untuk ke Putrajaya.Justeru,menulis surat kepada Hadi Awang untuk meminta beliau menangani masalah di dalam Parti PKR merupakan satu kejahilan yang nyata di pihak sipenulis yang mengaku sebagai Setiausaha Politik kepada YB Zuraidah,Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR.Mungkinkah seorang setiausaha politik boleh menjadi begitu jahil mengenai politiking di dalam partinya mahupun bidang kuasa Presiden parti sekutunya ??? Segalanya mungkin,jika penulis yang bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam ini memiliki ciri-ciri tertentu yang turut dimiliki oleh Saiful Bukhari,Azizan atau Sukma Dermawan.Apapun,kita tidak boleh menolak kemungkinan yang surat tersebut benar memandangkan persengketaan di dalam Parti PR sudah menjadi rahsia umum. 

Semua orang tahu bagaimana Wan Azizah membenci Azmin Ali dan semua orang tahu kerakusan Azmin untuk berkuasa.Anwar ternyata mendidik Azmin dengan baik sehingga terciptanya seekor ‘raksaksa’ yang benar-benar menyerupai dirinya.Nampaknya,kedudukan Anwar benar-benar tidak selamat apabila raksaksa itu pula ingin memakannya.Dirinya sudahlah ditolak PAS dan dengan insiden Lahad Datu,Anwar benar-benar sudah menjadi beban kepada partinya sendiri.Hanya DAP sahaja yang masih ‘terpaksa’ menjulang Anwar walaupun dengan muka berpaling ke arah lain.Kesimpulannya,parti PKR sudah lama mati sejurus terdapatnya penyokong sendiri yang menolak Anwar sejak akhir-akhir ini.Yang kita lihat masih berjalan dan bercakap hari ini,hanyalah batang tubuh PKR tanpa roh,iaitu bagaikan zombi.PKR lahir kerana Anwar dan untuk Anwar,iaitu supaya beliau lepas dari pertuduhan dan hukuman dan supaya beliau punya platform untuk memakai gelaran ‘bakal Perdana Menteri’.Tanpa Anwar,apalah PKR.PKR hidup kerana Anwar dan akhirnya mati juga kerana Anwar.Justeru,jika Mohd Fareez Kamal inginkan PKR atau PR selamat dalam PRU-13,beliau tidak perlu mengadu kepada Hadi atau RPK kerana parti itu pada hakikatnya telah pun mati.Tetapi jika beliau hanya inginkan hubungannya dengan Anwar selamat,maka beliau hanya perlu mengadu kepada Anwar seorang kerana tiada siapa yang dapat membantunya dalam hal-hal songsang.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates