Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik yang tidak boleh pegang kata-katanya.Janjinya adalah palsu dan kata-katanya hanya sekadar halwa telinga bagi penyokong-penyokong pembangkang yang tidak sedar mereka telah dan sedang ditipu oleh Anwar.Terbaru beliau berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk membawa revolusi ala Arab Spring ke Malaysia dengan tujuan untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.Beliau seperti biasa melontarkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap kerajaan tetapi satu pun tidak mampu dibuktikan dengan fakta-fakta yang sahih.Anwar hanya pandai bertindak sebagai 'agent provocateur' atau pengacau yang melontar bermacam-macam tohmah dan fitnah bagi mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan.Di Australia,Anwar berkata kepada media asing bahawa pembangkang mahu membawa budaya demonstrasi jalanan dan tindakan revolusi rakyat yang menyaksikan kejatuhan rejim-rejim Arab di Mesir, Tunisia dan Libya.Anwar mahu menggunakan kaedah yang sama bermula dengan tindakan pembangkang menggunakan platform tiga perhimpunan Bersih kononnya untuk mendesak pilihan raya adil dan telus.Apabila ketiga-tiga perhimpunan Bersih gagal mencapai objektif mereka untuk menjatuhkan kerajaan,pembangkang beralih pula untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya bertalu-talu.Anwar mahu mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' dengan tujuan menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.
'Arab Spring' adalah alat dan strategi Barat dengan kerjasama gerakan Zionis-Yahudi untuk menumbangkan pimpinan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.
meh saya bagi jawapan sebenar kepada anwar ibrahim dan rakyat malaysia.sebenarnya,Keadaan di Malaysia adalah berbeza dengan Mesir,Libya atau Tunisia di mana negara-negara tersebut diperintah oleh sistem diktator yang menindas rakyat mereka sendiri.Walaupun negara kaya dengan sumber asli yang banyak seperti minyak,majoriti rakyat masih jauh ketinggalan dari segi kelangsungan serta kesejahteraan hidup.Ini termasuk dalam bidang pendidikan,politik,kesihatan,infrastruktur serta kemudahan awam.Berbeza pula dengan kerajaan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen serta tidak pernah sekali pun pilihan raya negara ditunda atau dibatalkan.Malahan kini negara berada di gerbang PRU ke 13 bagi memilih kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.Pentadbiran Di Bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib umpamanya telah menggerakkan program transformasinya dalam bidang pentadbiran dan ekonomi sejak memegang tampuk kuasa empat tahun lalu.Kesannya amat memberangsang dengan merealisasikan konsep Rakyat Didahulukan,Prestasi Diutamakan.Rakyat mendapat kesan dan manfaat secara langsung daripada pelbagai program kerajaan bukan sahaja meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tetapi juga berpeluang berkongsi dalam pengagihan kekayaan negara secara adil dan menyeluruh.
Aku Janji BN pada pilihan raya umum kali ini adalah testimoni komitmen kerajaan BN untuk terus membela kesejajteraan rakyat tanpa mengira kaum atau latarbelakang sosioekonomi mana-mana rakyat di negara ini.Sebaliknya apakah yang telah dibuktikan oleh Anwar sepanjang lima tahun beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan bergaji RM1 ??? Pepatah Inggeris berkata,'if you give peanuts you get monkeys' atau bermaksud jika Anwar dibayar dengan harga satu ringgit,hasil kerja yang diperolehi juga bernilai yang sama dengan imbuhan yang diberi.Anwar tidak ada idea bernas untuk membangunkan negara kerana selama hidupnya bermula dengan menjadi pemimpin pelajar di universiti,presiden Abim hinggalah menjadi timbalan perdana menteri dan menduduki jawatan nombor dua dalam UMNO,beliau terbawa-bawa dengan budaya demonstrasi jalanan yang ia amat mahir dan berpengalaman sekali.Anwar sesuai menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang gemar mendesak hak-hak pekerja dan bukan posisinya sebagai pemimpin negara apatah lagi pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia.Pakatan pembangkang yang dipimpin beliau hanya bagaikan pasangan yang tidur sebantal tetapi mimpi berlainan.Tidak ada permuafakatan yang jitu dan berkesan seperti BN dan justeru impiannya ke Putrajaya hanyalah mainan fantasi pembangkang yang bakal mengecewakan mereka.
RENUNG-RENUNGKAN
9 comments:
itu sebab rakyat permatang pauh akan pastikan Anwar kalah kali ini.
Penyokong PAS dan PKR da taksub..meka telah di liwat sejak 5 tahun..BN baru nak jawap ??SEbenarnya BN tak ada Pakar Berceramah..ramai datang nak dgr maki, hamun, hina, lawak, menyayi..bab pembangunan dan tranfomasi meka tak minat..itu budaya rakyat Malaysia.. Fitnah kini di anggap,Betul..BN masih ketinggalan
PAKSHEIKH AL JOOB JOOB PUKUI KELILENG...KEH KEH KEH KEH KEH
anwar ni memang syaitan. pencetus huru hara. peliwat tak tahu malu. masih nak pegang jawatan
sengoti nok royat, anuar hanya rupa je manusia tetapi hakikatnya setan, KALIAN KAJILAH, SEGALA SEJARAH KEKOTORAN POLITIK YG BERLAKU DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA INI, BERPUNCA DRP SETAN ANUAR BIN IBRAHIM ITU, tak percaya? hah pi kajilah...dr.sidek baba 3 tahun mengkaji pasal anuar dan baru percaya, tun m ambil masa 6 tahun baru yakin akan kebejatan peribadi anuar, barulah bertindak memecatnya...KALAU SETAKAT TERPENGARUH DGN KEHEBATAN BERCAKAP ANUAR....piiraaahhh tak ada maknanya
Lebih baik mendengar & mengkaji akan segala tohmahan serta cacian dari pihak PR yg mmg otai dalam berceramah..kerana dari situ bleh kita semua tahu bahawa Tuhan memberi petunjuk bahawa peringatanNya itu adalah benar 'diam itu adalah lebih baik dari berkata2.'
Secara peribadi..bukan smua org PR sengaja jahat mulut spt yg kita sangka. Mereka tpaksa menjahatkan mulut krn inginkan jawatan dan habuan yg ada dlm PR. Mereka tahu dlm BN mereka sukar dapat tempat dlm masa singkat.
Jadi, x perlulah nak pura2 kata pemimpin BN x pandai berceramah & sebagainya.
Kata2 pemimpin BN adalah untuk DITEPATI.
Namun kata2 PR adalah untuk DICAPATI..!
hahaha.. patutlah negara mesir harga minyak rm 0.95 seliter ... walaupun no 28 bawah malaysia 27.. ecuador no 30 pengeluar minyak pun RM 1.30.. malaysia RM2 ++ tu pun lepas subsidi pun RM1.90 ... kalau menang naek lagi minyak sbb diaorg nak hapuskan subsidi.. hahaha.. sokonglah BN tuk masa depan --- tol naek, aes , minyak nek, harga abrang naik.. even gas pun baru ja naik... dalam diam 1% rakyat kena bayar untuk elektrik kalau lebih 300khw..pastu duit tu masuk kerajaan... hahaha..
Ko nih bodoh tahap jamban lah...kena tau kenapa minyak dr negara2 timur tengah tu murahh..deme ni memang sangat bodoh dalam kepakaran walaupun mereka ni pengeluar minyak yg besar..sebenarnya minyak deme tu kuality ldbih rendah jika dibandingkan minyak yang dikeluar dan diproses kat malaysia.kiranya minyak crude dari negara arab tu kandungsn sour gas adalah tinggi..buat deep analysis lah bro...aku pun tahu sebab dah join industri oil and gas nih...kalau ko pi negara2 jiran kota mana ada harga subsidi dan perlu ingat malaysia bukan ahli anggota opec. Mereka inilah penentu harga minyak global..ada paham??!!!!
Anon 8.54 tau tak di mesir, gaji mereka rendah. Contoh pensyarah diuniversiti mesir gajinya US350 (RM1200) sahaja.
Post a Comment