Social Icons

Pages

Saturday, August 24, 2013

HOT NEWS !!! PR ANGGAP BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI MESIR SATU PEMBAZIRAN !!! APA CERITA NI ???


Sebuah blog pro-PR yang baru muncul,baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.Menurut blog tersebut,tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil.Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh.Justeru,tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap.Tidak cukup dengan itu,blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi.Malah,blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak.Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata,katanya.Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir. 

Tetapi,saya bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong PR di sana.Bukan anda tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah,fitnah,caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak.Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan.Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.Justeru,saya berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara PR ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana.Lagipun,dari apa yang saya lihat,ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.Malah,mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden,Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran.Pastinya mereka mendambakan syahid. 

Oleh itu,siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka.Bagaimanapun,saya menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya ‘rakyat yang berguna’ untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan.Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti.Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih.Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri.Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga.

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

kalau kerajaan tak tolong nanti..kata kerajaan sanggup lihat rakyat sendiri dalam bahaya..

semua tak kena..semua nakkan keuntungan politik tanpa menyelami hati pelajar yg terlibat!

Anonymous said...

Tak kiralah siapa yang untung dari pemulangan pelajar Malaysia dari Mesir kroni UMNO ke kroni PKR ke yang penting pelajar kita selamat dari kekacauan dan selamat pulang...PKR memang bongok...

Anonymous said...

Memang satu pembaziran besar. Sebab, kebanyakan mereka yang pulang selepas tamat pengajian jadi penganut agama PAS.

Anonymous said...

Btul ckp anon 1: 48 ni...yg pnting Allah blas baik pd pbuatan baik...bg pro pr yg nk stay sana...lantak korang le nk mampus kat sana...kami tak rugi ape pun gan mati syahid katak bdoh korang tu...nk mati syahid pun tgok tempat la...lupe...pas kn syiah

QalamQabut said...

Kalau ikutkan hati, aku tak setuju kerajaan susahkan diri nak bawak balik rakyat dan pelajar Malaysia kat Mesir. Kan Azeez Rahim dan Putera UMNO ada, pengalaman dema rescue orang pun banyak. Serah saja tugas tu kat dema.

Sebagai satu organisasi Azeez boleh pilih siapa dia nak bawak balik. Kalau penyokong PAS, anak orang PAS mintak bantuan pun, aku percaya Azeez akan tolong jugak.

Bila Putera UMNO buat operasi rescue, kita tengoklah pulak apa reaksi orang PAS, blogger PAS. Telan kahak hijau aku rasa...

Bagi aku kerajaan tak perlu buat rescue, lainlah kalau nak guna askar kita buat eskot keselamatan, guna kapalterbang TUDM atau MAS semata2 untuk mengangkut rakyat kita balik.

 
 
Blogger Templates