Social Icons

Pages

Tuesday, August 06, 2013

HOT NEWS !!! YUKTES CABAR @ANWARIBRAHIM SAMAN DIRINYA !!! ADA BERANI KER ANWAR IBRAHIM ???


Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,Yuktes Vijay mencabar bekas anak guamnya itu untuk menyaman dirinya yang dikatakan bakal mendedahkan dokumen bukti konspirasi Anwar.“Suruh dia lawan.Dia (Anwar) nak suruh peguam dia saman saya? Samanlah.Suruh dia fikir dahulu sebelum bertindak,” jelas Yuktes dalam temubual bersama MyNewsHub selepas mengadakan satu sidang media di Petaling Jaya.Dalam temubual tersebut,Yuktes menjelaskan bahawa Anwar tahu siapa yang dia bakal berdepan jika bertindak untuk menyaman Yuktes.Pada 31 Julai lalu,Yuktes telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan Anwar yang mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing.Beliau bertindak untuk membuat laporan polis berdasarkan dakwaan Anwar bahawa seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sekaligus menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurut beliau lagi, tindakan Anwar itu turut mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika lawatan senegara tersebut selepas PRU13 lalu.Bukan itu sahaja,beliau yang menyifatkan taktik Anwar dengan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 adalah modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan.Dalam laporan polis yang di Balai Polis Klang,Yuktes turut mengakui yang dirinya menyimpan beberapa salinan dokumen dan bukti penipuan Anwar. “Saya mempunyai bukti-bukti yang merangkumi dua emel dalam kes liwat dia. “Warga asing ini memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tetang kes liwat ini.Erti kata lain, dia (Anwar) menggunakan warga asing ini untuk memberi persepsi ini sebuah konspirasi Barisan Nasional (BN),” memetik laporan polis yang dibuat Yuktes.

Sebelum ini,Yuktes telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.Dalam email berkenaan,Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.


Yustes yang telah dua setengah tahun mengenali Anwar merasakan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia sedar dan tidak terus ditipu oleh Anwar.Adakah Anwar gentar dengan segala fakta serta dokumen yang dimiliki oleh Yuktes? Dan adakah Anwar serta peguamnya akan bertindak untuk menyaman Yuktes? Sama-sama kita nantikan!

LIHAT VIDEO DI BAWAH



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Maaf. Saya memang anti Annuar sejak dari kes liwat pertama lagi. Yang penting guna otak untuk buat kepututsan.

Anonymous said...

Perkara2 yang benar mane Annuar berani saman.
1. Berani ke dia saman Datuk Eskay?
2. Berani ke dia saman Ummi Afilda?
3. Berani ke dia saman Datuk Nala?
4. Berani ke dia saman Wall Street Journal?
5. Berani ke dia saman Jusuf Kalla?
6. Berani ke dia saman Yuktes Vijay?
7. Berani ke dia saman Gatranews?
8. Berani ke dia saman Dr. Mazlan Ismail?

Dan banyak lagi...... akan menyusul.

Guna sikit otak. Kalau benar mane dia brani bro.

Anonymous said...

kaki penipu sembang kencang cm anwar ni ada lagi ke org percaya?? klu otak jenis kambing jamnapari dia bole kencing la kot... cuba tyna cmne air mani dia ada kat jubur sepul?

 
 
Blogger Templates