Keadaan pakatan pembangkang sekarang berkecamuk pasca Pilihan Raya Umum ke-13 kerana
perbalahan antara Pas,PKR dan Dap semakin ketara.Ini timbul kerana walaupun pembangkang mampu mengurangkan lagi kerusi Parlimen Barisan
Nasional,pergolakan berlaku nerana sifat tamak dan haloba antara ketiga-tiga parti.Sementara BN menerima cabaran dan keputusan rakyat dengan tenang dan mengatur langkah
untuk memperbaiki semua kelemahan,pakatan pembangkang pula semakin bongkak dan
hilang arah.Kemenangan besar mereka seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong
kerana pemimpin-pemimpin pembangkang lebih gemar berpolitik dan berpolemik daripada
mengubal dasar serta program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di negeri di
bawah pentadbiran mereka.Dari masa sebelum,semasa dan selepas PRU13,tugas utama mereka nampakna hanya untuk
tersu menyerang dan memfitnah kerajaan.
Kekecewaan Anwar Ibrahim tidak mampu menjadi perdana menteri begitu terserlah dalam
sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang.Bertambah parah pula,masing-masing juga mempunyai dalaman serius yang harus ditangani
segera.Dap umpamanya bergelut dengan mada depan dan hidup mati parti itu berhubung isu
penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu.Pelbagai alasan diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk
mengelakkan parti itu dikenakan tindakan undang-undang namun semakin lama krisis tersebut
berpanjangan semakin bertambah serius pula jadinya.Keadaan dap kini macam mengorek lubang untuk menutup lubang yang dikorek sebelumnya
tetapi semakin banyak lubang dikorek semakin besar pula lubang baru yang baru digali.Nasib dap tidak ada penyelesaian walaupun pemilihan baru di adakan semua pada Disember
depan kerana masalah adakah mengenai penipuan dalam proses pemilihan bukannya dari segi
teknikal.
Di Selangor pula,pergelutan kuasa antara kem Azmin Ali dan Menteri Besar Khalid Ibrahim
tidak kesudahan.Usaha untuk mengenepikan dua wanita yang berkuasa disekeliling Khalid,Faekah Husin dan
Arfaeza Aziz nampaknya tidak mendatangkan hasil.Walaupun Saifuddin Nasution dilantik Anwar sebagai pegawai politik di pejabat menteri besar,masalah tidak juga selesai.Saifuddin semacam melukut ditepi gantang sementara Faekah khabarnya bertambah berkuasa.Apatah lagi tindakan Khalid mengadakan mesyuarat exco di Bangkok baru-baru ini
menimbulkan persoalan pembaziran kewangan negeri.PKR memutuskan dalam mesyuarat biro politiknya untuk mengadakan dialog dengan BN dalam
isu tatakelola tetapi parti itu seharusnya melihat dan menyelesaikan isu salahguna kuasa oleh
menteri besar di Selangor terlebih dahulu.Pas pula berada di dalam dilema mengenai isu tahlul siyasi yang menyebabkan wujudnya dua
kem pendapat dalam parti itu menjelang muktamarnya ke 59 November depan.
Perbalahan antara kumpulan ulama dan kumpulan yang mengikut rentak politik Anwar yang
dikenali sebagai Anwarinas atau Erdogan semakain jelas.
Ada ura-ura di belakang tabir untuk menghapuskan elemen-elemen Anwarinas daripada Pas
pada pemilihan akan datang.Golongan ulama melihat kumpulan Erdogan sudah lari daripada landasan perjuangan parti
kerana lebih condong untuk membawa pengaruh Anwar yang liberal dan tidak mementingkan
perjuangan Islam.Demi kelangsungan Pas sebagai sebuah wadah perjuangan Islam,golongan Anwarinas harus
disingkir sebelum keadaan dalaman parti bertambah parah.Apapun hakikatnya,pakatan pembangkang bukanlah berada di dalam suasana yang aman atau
kuat sebagaimana yang digembar-gemburkan kepada rakyat.Krisis yang dihadapi oleh Pas,PKR dan Dap adalah amat serius yang bakal mengugat dan
meleraikan ikatan dalam kerjasama rapuh mereka selama ini.Sebanyak mana pun mereka mengatakan pakatan pembangkang mendakwa mereka bersatu
hati, realitinya mereka hanya menipu diri sendiri termasuk penyokong dan rakyat yang
terpengaruh dengan sandiwara pada PRU13 lalu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment