Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu
menolak parti itu dalam PRU yang lalu.Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana
PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis,tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri
yang terlalu takbur dan riak dalam agama.Sedangkan hakikatnya,PAS tidak pernah
menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.Malah,sehingga ke hari ini juga,PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan
UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.Lebih dahsyat,PAS juga
membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan
kristian dan juga LGBT.Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu,PAS terus menuduh
UMNO menang secara tidak adil.
Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah
dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi,maka PAS memaksakan isu
baru bagi menafikan kekalahan mereka.Kali ini,akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi
memastikan kemenangan pada PRU lalu.PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS
juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli
undi.Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk
pulang mengundi.Malah,PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu
untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya.Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS
sendiri.Justeru,bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain
politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali.
Lagipun,tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika
mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.Gambar tersebut
akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.Apa yang menarik,Nik Aziz juga
tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata
bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah.Soalnya,kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang
pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak
memerlukannya ??? Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan
sedekah berbanding mereka itu ???
Jawabnya,kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.Parti ini
menggunakan agama untuk berbohong,memfitnah dan juga untuk merasuah.Selagi
PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik,semakin ramailah pengundi yang
akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
pertolongan yang mendatangkan syak dan menujurus kepada tohmahan meskipun di buat dengan niat yang betul haruslah dielakkan.
Apabila orang luar nampak Pas, mereka ternampak sebuah organisasi yang berlandaskan teokrasi. Itu dulu.
Sekarang ini, bila mereka ternampak logo Pas, fikiran mereka melayang-layang pada logo rakan-rakan yang kebanyakan tindak-tanduknya menjejaskan imej teokrasi.
Dalam masa sama, apabila mereka terserempak dengan PKR dan Dap, bayangan wajah Pas hadir dalam logo PKR dan Dap dan memberi persepsi ini: sokong PKR/Dap = sokongan pada Pas
Setelah di campur dan tolak, dan seperti ramalan sebelum ini, antara Pas/PKR/Dap, pihak yang bakal muncul paling dominan, sederhana dominan dan terbawah adalah menepati ramalan.
Namun, pendekatan Pas yang boleh disamakan dengan lilin membakari tubuh supaya rakan-rakan keluar dari kemalapan, harus diberikan sedikit kredit.
Post a Comment