Social Icons

Pages

Thursday, September 26, 2013

EKSKLUSIF !!! JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO !!! APA PERBEZAAN ANTARA @KHAIRYKJ DAN AKRAMSYAH ??? WAJIB BACA !!!


Seperti yang diketahui umum,jawatan Ketua Pemuda UMNO kini ditandingi dari 5 penjuru.Penyandang,iaitu Khairy Jamaluddin akan dicabar oleh Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,Syed Rosli Syed Harman,Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.Walaupun begitu,sentimen akar umbi lebih cenderung menganggap pertandingan ini sebagai 2 penjuru iaitu antara penyandang,Khairy dengan Akramsyah.Sukar untuk ditafsirkan kenapa di kalangan rakyat,meragui tiga calon lain sebagai sekadar perancangan untuk memecah undi sahaja.Namun,suka atau tidak,itulah hakikatnya persepsi ramai mengenai pertandingan ini.Jelas,rakyat sudah terlalu masak dengan selok-belok politik UMNO dan memerhatikan segala-galanya dengan penuh sinis serta kritikal.

Khairy Jamaluddin menempa nama dalam politik Malaysia dengan penuh kontroversi.Mungkin ada yang enggan ‘mengungkit cerita lama’ tentang kumpulan tingkat 4,Khazanah,ECM Libra,MV Agusta dan lain-lain lagi.Namun,ada pula yang berkata bahawa cerita tersebut bukannya cerita lama,tetapi cerita semasa,kerana ia masih belum selesai.Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan ‘rasuah’ juga menjadi sejarah yang paling sukar untuk ditafsirkan bagi UMNO.Bagaimanapun,Khairy terus meningkat dalam politik dan kini bergelar Menteri.Beliau dikatakan mempunyai karisma dan mampu membawa Pemuda UMNO ke era baru dengan penuh gaya dan stamina.Penilaian ini adalah berdasarkan ‘persembahannya’ dalam sessi-sessi perbahasan dan kenyataan-kenyataan media. 

Tidak dinafikan bahawa beliau bijak mendekatkan diri dengan golongan muda melalui media baru dan cukup aktif dalam media sosial.Aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda juga menerima sambutan hangat dari kalangan belia. Pengkritik Khairy bagaimanapun terus mempersoalkan hasil kerjanya.Hujah mereka,walaupun Khairy mampu mendekatkan diri dengan anak muda tetapi beliau tidak mampu menarik mereka menjadi ahli UMNO.Buktinya,Pemuda UMNO tidak mampu menambah bilangan ahli dengan jumlah yang signifikan di bawah pimpinannya.Malah,menjelang pilihanraya yang lepas juga,Khairy masih tidak berusaha meningkatkan jumlah ahli tetapi sibuk mempromosi diri untuk menjadi Menteri.Namun,kritikan yang paling hebat yang mampu memberi kesan kepada akar umbi dan seterusnya sentimen rakyat terhadap UMNO ialah prinsip Khairy yang dikhuatiri membelakangkan roh perjuangan UMNO yang asal iaitu untuk agama bangsa dan negara.Khairy sendiri nampaknya begitu selesa dan yakin melaungkan prinsipnya yang terbuka di mana beliau lebih gemar menjadi Ketua Pemuda BN daripada Ketua Pemuda UMNO. 

Kenyataan ini seolah-olah mengiakan bahawa UMNO itu rasis sekali gus membuka peluang kepada pembangkang untuk menyerang.Dalam kenyataan rasmi di blognya mengenai pertandingan ini,Khairy berkata, “(Jawatan) ini memerlukan kesinambungan dan saya sudah meletakkan satu perancangan bermula daripada empat tahun yang lepas supaya Pemuda Umno dan BN menjadi lebih relevan kepada generasi muda dan citarasa mereka.Dengan pendekatan dan program yang kita jalankan lebih melambangkan keterbukaan dan membawa semangat kenegaraan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita.Dua ayat ini disambut dengan penuh prejudis oleh pengkritiknya di mana ayat pertama membawa kepada persoalan mengenai apakah ‘rancangannya yang memerlukan kesinambungan itu’ ??? Dan ayat kedua pula mengesahkan bahawa Khairy sememangnya ingin membawa pendekatan ‘terbuka’ dan tidak begitu gemar memperkatakan tentang Melayu.Semua ini dilihat sebagai ancaman oleh pengkritik beliau dan juga sebahagian besar umat Melayu yang menyokong UMNO.

Justeru,tidak hairanlah apabila Akramsyah,anak kepada tokoh politik yang cukup disegani iaitu Tan Sri Sanusi Junid yang terkenal dengan prinsip yang kuat,telah bangun mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda.Tidak hairan juga apabila Akram membawa slogan ‘Hidup Melayu’ dalam menghadapi Khairy.Dalam kenyataan rasminya,Akram menyentuh soal kurangnya sentuhan peribadi Pemuda UMNO dengan masyarakat Melayu akhir-akhir ini.Pemuda dikatakan tidak mampu menjadi pendesak kepada agenda Melayu,malah dalam beberapa hal seolah-olah menjadi penentang kepada agenda tersebut dengan membawa slogan BN dan bukan UMNO.Akram turut memberi penekanan terhadap kebimbangan masyarakat Melayu mengenai ‘keterbukaan’ dalam menguruskan GLC-GLC.Beliau juga bercadang untuk merancang program yang lebih praktikal bagi memastikan DEB berjaya mencapai sasaran dan bukan menjadi sasaran kritikan.Apa yang menarik ialah,Akram dan Khairy kedua-duanya menuntut di luar negara.Kedua-duanya juga dari latarbelakang keluarga atasan dan ternama. Khairy adalah graduan bidang Falsafah,Politik dan Ekonomi manakala Akramsyah berkelulusan bidang Kejuruteraan. 

Kelebihan Khairy mungkin dari segi ‘nama’ pusat pengajiannya yang terkenal manakala kelebihan Akram pula adalah dari segi bidang pengkhususan yang lebih sukar dan dipandang tinggi.Nama Khairy pertama kali didengar melalui tulisannya di majalah berprestij antarabangsa iaitu The Economist.Walaubagaimanapun,tulisan Khairy dikritik hebat kerana tidak menepati fakta sebenar,serta memaparkan kecetekan pengetahuan mengenai ekonomi.Selain menulis,Khairy berpengalaman menjadi Pengacara TV sebelum ‘melompat’ terus ke dalam politik dengan menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap menantu beliau.Akram pula mempunyai pengalaman yang luas dalam menghadapi cabaran hidup sama seperti kumpulan menengah lain di Malaysia.Akram mempunyai 16 tahun pengalaman menjadi Jurutera sehinggalah ke Pengurus Besar serta Konsultan di beberapa syarikat antarabangsa termasuk di luar negara.Pengalaman ini memberi beliau gambaran jelas tentang cara hidup rakyat biasa dari golongan bawahan sehingga ke peringkat atasan.Dengan sentuhan langsung dengan dunia sebenar yang penuh persaingan,kebolehan Akram untuk memahami, mengurus dan mengendalikan permasalahan rakyat tidak perlu dipersoalkan lagi. 

Justeru,walaupun Khairy mempunyai kelebihan di dalam politik dan cukup arif akan selok belok politik dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi,namun cabaran Akram tidak harus dipandang remeh.Namun,dari sudut lain pula,buat masa ini,satu kekurangan Akram berbanding Khairy merupakan faktor yang mungkin menjadi penentu segala-galanya,iaitu sentuhan politik secara peribadi di peringkat cawangan dan bahagian UMNO,yang mana Akram hampir tiada langsung.Perlu diingatkan bahawa Pemilihan UMNO bukanlah kemuncak bagi sesuatu perlawanan dalam politik kerana perlawanan sebenar adalah Pilihanraya.Untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan kemuncak itu, UMNO perlu membuat pilihan yang menepati kehendak rakyat dan bukan sekadar pihak yang berkepentingan di dalam parti sahaja.Apapun,perbezaan pendekatan kedua-dua calon membuktikan yang UMNO cukup terbuka kepada sebarang idea dan perubahan.Sekali gus,UMNO juga memperlihatkan kematangan dengan membuka ruang pertandingan bagi jawatan yang begitu penting tanpa perlu bimbangkan soal perpecahan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

13 comments:

Shahrom said...

Saya sokong Khairy Jamaludin kerana beliau handle banyak perkara secara profesional. Contoh, Kes BAM semasa Rashid 'dibuang padang' oleh pengurusan baru. KJ dapat memperbetulkan keadaan dengan baik ibarat menarik rambut dari tepung; rambut tak putus dan tepung tak tumpah. Keep it up KJ.

Anonymous said...

saya sokong KJ.beliau juga byk membantu pemuda UMNO dalam selesaikan masalah.siapa Akram ni? x kenal pun.ada ke akram membantu pemuda UMNO.walau apa pun yg berlaku pd KJ itu adalah hal peribadi.tp dlm UMNO beliau adalah ketua pemuda yg byk berjasa.tp musykil juga krn mcm ikut jejak Anwar Ibrahim.cepat sgt.

Anonymous said...

Saya pun sokong kj jugak krn dia sorg ja dlm umno berani berdpan dgn anuar..hgpa ada brani bg pasport kat anu?

Anonymous said...

Akhram awal2 lagi dah bikin kecoh, cakap dia bekas Presiden MAYC. Namun MAYC menafikan dan buat laporan polis mengatakan Akhramsyah memburukkan nama MAYC. Mereka juga minta seluruh MAYC jangan beri sokongan politik pada Akhram.
Apa cerita ni anak Pak Sanusi? Anda boleh gah sekadar bapak anda orang setia Tun M, tapi anda sebenarnya tiada kelebihan apa2!!
KJ jauh lebih hebat dari anda ...

Anonymous said...



pru13 baru ni ramai anak muda menyeberang sungai!

apa kata bagi peluang kat Akramsyah pulak...

Anonymous said...

KJ adalah liabiliti in making....noted.

tak percaya tunggu part by part.

Anonymous said...

KJ hanya pandai layan kelompok Kepimpinan UMNO...rakyat melayu lain takde. Bila isu-isu melayu timbul, hanya tau senyap saja...

Isu Rashid sidek...entah-entah mainan politik saja...dua minggu lantik...buat kacau sikit...Rashid berhenti...lepastu pujuk balik....dapat kredit.

Unknown said...

TUKOR AJA KETUA BARU .KETUA YANG ADA NI LA NI PUN TAK LEH PAKEI.JANGAN LUPA PADA ONAR YG DIA BUAT MASA BERTAPA KAT TINGKAT 4 DULU SAMPEK HAMPIR HANCUR UMNO DI BUAT OLEH DIA DAN PAKTOA NYA

Anonymous said...

Presiden Hangpa menang tanpa bertanding kerana apa?

1. Umumnya mereka percaya satu penggal tak cukup untuk sesuatu kerja itu melihatkan hasilnya.

2. Meskipun bukan ultralis namun ciri-ciri diplomasi yang dimiliki adalah dianggap lebih mampu mengekalkan momentum yang ada.

3. Tidak ada insan sempurna tetapi setelah di campur dan di tolak maka itulah yang dianggap terbaik.

Anonymous said...

ada ramai lagi pihak yang lebih tinggi pengajiannya dari Oh Bama untuk dipilih sebagai presiden AS.

Akhirnya, Oh Bama juga terpilih kerana mereka mula melihat ketuanan AS sudah sampai di puncak justeru ia perlu dipimpin pula pihak berdiplomasi tinggi.

Anonymous said...

Kj pengamal rasuah tegar...
Tolak kj jika sayang umno..titik.

Anonymous said...

Bukti paling sahih penerimaan oleh rakyat ialah memenangi kerusi pada PRU13.

Mereka yang belum ada kerusi bermakna belum mendapat penerimaan waima pengesahan oleh rakyat.

Noktah

Mohd Izham said...

Nak tanya jawatan yang dipertandingkan adalah ketua UMNO atau ketua BN? mana tokoh yang akan memperjuangkan Melayu, itu yg kita pilih, kalau nak perjuang bangsa lain banyak parti lain yg dah buat.

 
 
Blogger Templates