kelmarin,saya dah dedahkan kisah nurul izzah yang dapat masuk rancangan TV3.dulu.bukan main lagi menghentam TV3.Seperti yang anda tahu,apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen,biar apa pun programnya dan topik perbincangannya,ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya.Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya,maka semakin tinggilah ‘saham’ ahli politik tersebut dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah,termasuklah ibunya,Wan Azizah,sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh ‘rakyat Malaysia’.Tidak kira apa alasan penerbit program ini,objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus.Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.Namun,inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan.
UNTUK SELANJUTNYA
Oleh itu,TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh ??? contohnya,apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik,atas alasan kebebasan dan keterbukaan.tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali.Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional,kalau pun bukan pengkhianatan,stesyen televisyen itu.Dengan itu,saya ingin bertanya,apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3 ??? Apakah tiada pemantauan ??? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi ???
Setakat ini saya tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen,tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3.Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar ‘naif’.Jika benar naïf dan jujur,kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik segala fitnah pembangkang ???
Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar ??? Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia ??? Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.Justeru,Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah.Lebih dari itu,boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.Walaupun berpenampilan bertudung,Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut ‘mesra’ dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga ‘rangkaian-rangkaian’ agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi.
Sebagai seorang Ahli Parlimen,Nurul Izzah telah gagal.Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.Malah,beliau lebih banyak merupakan ‘masalah’ dan bukan penyelesai masalah rakyat,sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi.Oleh itu,jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R,maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik,bermasalah moral serta hipokrit.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
12 comments:
MACAI JER YG XSUKA NURUL IZZAH. PENAMPILAN DIA OKEY. BIJAK.
MACAI OTAK CETEK JE YG XSUKA.
MACAI?? apa maksud MACAI? Mempercayai Apaje Ckp Anwar Ibrahim?? ohhhh
Norule nak ajar anak2 mude kite makan aiskrim balik pintu utk lulus cemerlang dlm pekse...oh tv tiger...ban ajer lah program 3R,.,.
Kerajaan patut pantau TV3... Ingat tak dulu masas iklan Hari Raya yang menampilkan "Santa Claus Melayu yg diakhiri dengan pak haji uban tu menuju ke langit naik basikal..seolah olah santa claus denga rusa-rusan nya....
Najib dikenakan lagi oleg penasihat media beliau...
Saya rasa musykil dengan TV3. Ada ke sengaja buat kesalahan untuk menarik perhatian. Hari itu salah tunjuk logo polis di raja malaysia, sekarang Nurul Izzah pula. Kenapa tidak buat kerja betul betul. Ini ada lah pendapat saya aje.......
logo 2 RTM broo.mungkin ada sesuatu dlm TV3.kita pun x tahu..
DALAM TV3 ada ramai golongan liberal dan LGBT nih...... senang cakap kebanyakan syarikat penyiaran ni di penuhi golongan sebegini.... so dah tentulah dlm hati ada taman dengan manusia yg memperjuangkan perjuangan liberal dan lgbt mereka
Aku rasa takde masalah sapa pun tv nak panggil. demokrasila sikit..asyik tunjuk sebelah pihak saja..cuba bukak minda sikit..Media patut bersikap neutral dari politik..barulah matang...
apakata untuk meraikan demokrasi yang matang la kononnya..tv selangor start dulu temuramah muhyidin ke..najib ke sebagai permulaan demokrasi matang..ada berani..?cakap mesti la serupa bikin
sangat lawak sekali apa yang saudara tulis ini,
"apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik,atas alasan kebebasan dan keterbukaan.tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali"
adakah nurul izzah dan bapanya disamakan dengan pengganas sulu? Pengkhianat negara mungkin?
Perjuangan dari sisi hati dan niat mereka jauh berbeza.
This is just a shameful prediction to clarify your so called indisputable insecurity. Baru kena promo kat tv sikit dah kecut. Come on!
Kbanyakan yg beri komen ni cuma nak glamourdan rasa seronok kononnya tulisan disiarkan d internet.Tapi depa tak tau apa sbenar yang ditulis semua main ikut2 apa orang ckap je,bukannya menulis dgn menggunakan otak yang Allah kurniakan.Asyik2 hentam Kerajaan,kau orang semua cuba lah fikir gunakan otak kerana adanya Kjaan sekaranglah kau orang ada chance nak tulis walau sikit pun tak datangkan faedah kpd ssiapa pun lbh2 lagi bangsa melayu.Kau orang semua sedar ke ,Pmbangkang baru perintah 4 negeri slpas pru 13 tinggal 2 negeri saja Sgor & P Pinang.Itu pun dah tunjuk lagak sombong serta ada hati nak tukar Msia jadi Republik,hapus Raja2,hapus DEB,Jadkani Kristian agama Msia ,pujuk melayu dr Pas dan Pkr supaya sokong dengan umpankn wang serta macam2 lagi.Jadi jgn lah trikut2 terpengerauh secara membabi buta, kalau lah tak kerana Kjaan Umno/BN sekarang yang dah perintah slama 56 tahun ni ,kamu semua yang tulis perkara bodoh yang tak masuk akal ni entak duduk kat mana sekarang pun tak tau lah...!!!!!!
Hmm. Bagi aku, mmg patut pun bagi peluang dkt pemimpin PR berckp dlm media massa. Baru la tak nmpk media ni dikuasai BN. Dan belah sana pun mmg patut bagi muka dkt pemimpin BN dlm lidah rasmi mereka. Masing2 tak mo beralah, mmg haru la.
Psl isu izzah dlm 3r ni lak.
Totok PR komplen knp kena potong scene izzah dkt tv. Kluar dkt Youtube je. Mana ci.
Macai BN pula komplen pejadah 3R (tv3) bagi chance mula2 utk interview si izzah ni. Tak patut langsung.
So, last2 rakyat marhaen gak yg menilai.
Maaf, just my 2 cents.
Paan M
Post a Comment