Social Icons

Pages

Saturday, October 12, 2013

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! PILIH CALON PALING LAYAK HADAPI #PRU14 !!!


hari ini akan berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak.Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak.Empat tahun lalu (Oktober 2009),perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti.serentak pindaan itu sistem kuota dihapuskan.Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan.Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan,bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT)Pemilihan pemimpin peringkat sayap UMNO - Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri - yang bermula hari ini dan diikuti seminggu kemudian pemilihan peringkat bahagian dan MT jelas menunjukkan pimpinan parti itu kelak adalah pilihan akar umbi. 

Pemilihan kali ini juga memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu.Jika sebelum ini,saf kepimpinan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan,kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.Kini pemimpin ketiga-tiga sayap UMNO mesti berani dan yakin pada perjuangan diri kerana mereka dalam suasana yang boleh 'makan diri sendiri' apabila membenarkan dicabar sesiapa pun yang layak.Perkara ini yang membezakan pemimpin UMNO yang dilihat lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pemimpin pembangkang.UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP,PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan,namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin.Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan.PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi.Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya. 

Dalam soal memilih pemimpin,UMNO dilihat lebih terbuka.UMNO meletakkan kepercayaan kepada perwakilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan dalam UMNO.Parti ini perlu bersiap siaga kerana bukan mudah untuk mengendalikan satu pemilihan yang disertai oleh 33,682 calon di peringkat bahagian dan 258 di peringkat pusat,ia akan ditentukan oleh 146,500 perwakilan.Bermula hari ini dan kemudian pada 19 Oktober nanti,perwakilan UMNO akan menentukan saf kepimpinan parti di semua peringkat,dengan agenda utama ialah memastikan calon yang dipilih perlu bekerja keras untuk mempertahankan UMNO sebagai tunggak utama Kerajaan Pusat dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN).Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar- benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat pergerakan sayap,MT dan bahagian UMNO.Pertembungan beberapa penjuru dalam merebut jawatan utama dalam Wanita,Pemuda dan Puteri membuktikan UMNO mempunyai banyak bakat pelapis yang sedia untuk menawarkan khidmat dan bakti kepada orang Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhannya.Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Oleh itu,perwakilan perlu juga memikirkan untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang dapat menyaingi kehebatan barisan pemimpin pembangkang.Di tangan perwakilanlah yang akan menentukan survival UMNO menjelang PRU-14.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates