Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango),Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.Bertempat di Parlimen,dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional,pimpinan YAB Datuk Seri Najib takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan.Konon atas dasar prihatin,dia mengatakan kerajaan Malaysia seharusnya bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.Namun,persoalannya ialah,sekiranya benar Anwar prihatin terhadap isu dan masalah negara,mengapakah dia langsung tidak menyentuh berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Comango ??? Bukankah isu tersebut juga tidak kurang pentingnya,tambahan pula ia menyentuh sensitiviti agama Islam ??? Atau mungkinkah Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan oleh Comango itu ???
Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks LGBT,hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini selain mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Selain daripada itu,Comango juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT,murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah Comango.Ia disifatkan sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Selain itu,beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat turut memainkan peranan yang proaktif bagi mendesak tindakan terhadap Comango.Malah media arus perdana melaporkan,MuslimUPRo akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.
MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela),Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).Anak perempuan Anwar,Nurul Izzah sebelum mengatakan tuntutan Comango itu tidak membahayakan negara.Kesimpulannya sebagai Ketua Pembangkang,Anwar seharusnya berani untuk tampil bagi menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan yang dikemukakan itu.Apa guna berlagak alim,sekiranya takut untuk menyatakan pendirian pakatan pembangkang dalam isu Comango.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment