Social Icons

Pages

Monday, January 06, 2014

BONGKAR !!! #HIMPUNANTURUN !!! POLITIK PEMBANGKANG TIDAK AKAN BERUBAH !!! JANJI KERAJAAN UMNO DAN BN JATUH !!!


langkah pembangkang menyokong demonstrasi haram yang diadakan di Dataran Merdeka,malam kelmarin memberikan isyarat yang jelas bahawa 'kegilaan' politik pembangkang dalam usaha mereka meraih kuasa akan berterusan dalam tahun 2014.Berdasarkan kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum tirai 2013 dilabuhkan,ia jelas membuktikan belum ada keinsafan dalam kalangan mereka untuk memastikan arena politik negara selepas ini akan berjalan melalui pendekatan politik berhemah.Sebaliknya,kita bakal menyaksikan pembangkang terus dengan pendekatan mempolitikkan apa sahaja isu dengan harapan tindakan itu akan memudahkan laluan mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.Walaupun mengetahui banyak tindakan politik mereka sepanjang 2013 telah mewujudkan perasaan tidak selesa kepada rakyat dan ada pula yang menjejaskan imej negara di mata dunia namun pembangkang tidak menghiraukannya.

Berikut saya paparkan jangkaan politik melibatkan parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang iaitu DAP,PKR dan Pas.

DAP 

Parti ini akan terus menjadi parti paling berkuasa dalam pakatan pembangkang.Selain menguasai Pulau Pinang,perolehan kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding PKR dan Pas memungkinkan DAP akan menjadi parti dominan.Kekuatan DAP amat ditagihkan oleh PKR dalam meraih sokongan kaum Cina, manakala Pas pula dilihat tidak mendapat apa-apa keuntungan memandangkan DAP sememangnya tidak pernah bersetuju dengan perjuangan politik Pas.Bagaimanapun DAP tetap akan menjaga hubungan dengan Pas dalam usaha memastikan Pas terus memainkan peranannya bagi meraih undi orang Melayu untuk DAP dan PKR.Selain itu,DAP yang sebelum ini begitu hebat mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya umum akan terus bergelut dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Parti (CEC). 

PKR

Dengan sokongan DAP dan Pas,PKR akan terus memainkan isu yang bertujuan memainkan sentimen rakyat bagi membenci kerajaan BN.Melalui lidah rasminya Suara Keadilan,PKR akan terus menabur fitnah terhadap pemimpin- pemimpin BN.Walaupun tidak mempunyai kekuatan yang hebat di peringkat akar umbi,namun PKR akan terus berjaya menumpang populariti DAP untuk meraih sokongan kaum Cina dan kesanggupan membantu bagi memperolehi sokongan orang Melayu.Tetapi dalam masa yang sama PKR akan terus kekal bersama-sama DAP menolak perjuangan Islam Pas. 

PAS 

Parti ini membuka tirai 2014 dengan semakin 'galak' menguar-uarkan slogan 'Rahmat Untuk Semua'.Slogan ini adalah tema ucapan dasar Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini.Di mana-mana sahaja kini slogan itu menjadi sandaran Pas untuk meraih sokongan rakyat khususnya orang Melayu.Selepas mendapati slogan 'Pas untuk semua' gagal mencapai sasarannya maka Pas mengubah pula kepada slogan baru.Tidak kiralah apa pun slogan yang hendak digunakan oleh Pas apa yang pasti parti itu tetap dijangka terus menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.Dalam masa yang sama,Pas juga dijangka mengekalkan pendekatan politik menjadikan slogan Islam hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Ia memandangkan Pas sudah pasti ingin terus menjadi 'pak turut' setia dalam pakatan.Keadaan itu berlaku kerana Pas ingin menjaga hubungan dengan DAP dan PKR.Berikutan pegangan tersebut juga, golongan ulama dalam parti itu akan terus tenggelam dan hanya akan menjadi 'penghias' organisasi semata-mata. Demikian serba sedikit jangkaan berhubung situasi dalam pakatan pembangkang bagi tahun 2014.Namun begitu apa yang pasti pendekatan mempolitikkan apa juga perkara akan terus menjadi sandaran pakatan pembangkang kerana itu sahaja modal yang mereka miliki bagi mencapai cita-cita politik. 

Selain itu,pembangkang akan kekal dengan sikap double standard dalam menghadapi isu yang melibatkan kerajaan.Pas tidak akan berani menegur kepincangan dalam pembangkang tetapi akan bersedia mempolitikkan apa juga langkah kerajaan.Pembangkang juga sudah pasti sama sekali tidak akan memuji atau menyokong sebarang tindakan kerajaan biar pun demi kebaikan rakyat.Ini kerana pada pandangan mereka kalau tindakan itu dilakukan maka tergugatlah harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.Berdasarkan keadaan itu,maka bersedialah semua pihak untuk terus menyaksikan adegan politik memualkan pakatan pembangkang seperti mana pernah kita saksikan sejak 2008.Kelebihan menguasai beberapa negeri dan menambah kerusi Parlimen tidak pernah dijadikan sandaran pembangkang menjadi satu barisan pembangkang yang bertanggungjawab.Sebaliknya mereka, bersedia melakukan apa sahaja selagi cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya tidak tercapai. Atas sebab itulah, adalah penting sempena tahun 2014 ini,rakyat tanpa mengira apa juga latar belakang mereka memahami dan mengkaji taktik politik pembangkang ini. 

Janganlah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,seolah-olah merekalah paling layak memerintah Malaysia sedangkan di negeri yang mereka kuasai pun penuh kekalutan dan masalah.saya mengakui kerajaan BN juga tidak sempurna,malah di mana-mana juga negara tidak akan ada kerajaan yang seratus peratus sempurna.Tetapi kerajaan sentiasa sahaja berusaha memperbaiki kelemahan khususnya dalam usaha melaksanakan langkah-langkah bagi meningkat taraf hidup rakyat dan mengurangkan beban mereka.Sebab itulah,adalah penting kerajaan perlu bersedia menghadapi 'kegilaan' politik pembangkang dalam tahun 2014 ini.Ia termasuklah membuat persiapan untuk memberi maklum balas segera kepada sebarang tuduhan dan tohmahan pembangkang.Sememangnya bukanlah mudah untuk berhadapan dakyah pembangkang kerana mereka bercakap berdasarkan fakta yang diputar belitkan tetapi kebenaran tetap kebenaran.Apa yang penting ialah kebijaksanaan rakyat untuk membuat penilaian kerana merekalah penentu masa depan negara dan di tangan juga terdapat pilihan sama ada, ingin terus hidup dalam aman dan damai atau ketidakstabilan akibat terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

nasirwise said...



http://nasirwise.blogspot.com/2013/12/perhimpunan-demi-perhimpunan-kerana.html

Anonymous said...

yg pasti juga ialah, pakatan akan terus menggunakan kebodohan anak2 muda melayu utk menimbulkan suasana tidak selesa dan huru hara melalui demo yg tidak berfaedah... yg dapat keuntungan adalah cina2 DAP...

Anonymous said...

betol,betol anak2 muda melayu mmg TOLOL.

Anonymous said...

Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....

D*ijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga*

Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka. 

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian. 

Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian. 

Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya. 

"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ. 

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya. 

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." 

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. 

Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. 

Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini. 

Umno Selangor semalam memutuskan tiada bantahan di gereja kerana bimbang mereka bertembung dengan Kristian dan berkata, yang mereka bantah adalah kenyataan pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang berbahasa Malaysia mereka. 

Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka. 



*ULASAN GB*

Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.

Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.

UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.

Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sndr telah menjelaskannya.

 
 
Blogger Templates