Social Icons

Pages

Friday, January 10, 2014

BONGKAR !!! #KALIMAHALLAH !!! KEBODOHAN PEJUANG #LIBERALISASI DIDEDAHKAN !!!


Dalam desakan dan tuntutan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu,mereka memakai hujah bahawa semua agama menyembah Tuhan yang SATU.Oleh itu,kata mereka,apapun nama rujukan terhadap Tuhan tidak sepatutnya menjadi isu.Justeru,saya pun tertanya-tanya,kenapa tidak namakan saja Tuhan Kristian sebagai Gautama Buddha atau Ramayana atau Lim Guan Eng ??? Bukankah nama-nama ini lebih relevan dan lebih dekat dengan penganut-penganut Kristian di Malaysia ??? Kalaupun ingin sangat berbunyi Melayu,kenapa tidak diberi nama Ali atau Abu sahaja ???  Atau nama-nama Iban ??? Atau cipta saja nama baru.Kenapa mesti berdegil ingin menggunakan nama yang mampu mencetuskan krisis ??? Bukankah mereka juga yang berkata bahawa nama Tuhan bukan satu isu ???

Hujah bahawa semua agama merujuk kepada Tuhan yang satu membawa maksud penganut Kristian kini percaya bahawa Tuhan itu adalah sama dalam semua agama,termasuk agama Islam yang menyembah ‘Allah SWT’.Untuk pengetahuan penganut Kristian,Allah SWT yang disembah oleh umat Islam adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan.Oleh itu,jika benar Kristian menyembah Tuhan yang sama,maka mereka secara automatik telah menggugurkan kepercayaan yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan.    

Nampaknya pihak Kristian perlu mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan kitab Injil mereka yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan bagi menepati hujah bahawa mereka turut menyembah Tuhan umat Islam.Ini kerana mengikut logik,mana mungkin Tuhan yang sama mempunyai sifat yang berlainan ???        

Dengan ini,saya mendesak semua padri dan pendakwah Kristian di Malaysia agar membuat pengumuman rasmi bagi menafikan bahawa Jesus itu adalah ‘Allah’ yang disembah mereka.Hanya inilah saja jalan penyelesaian bagi memastikan penggunaan nama Allah dalam kitab Injil Kristian tidak menimbulkan konflik dengan hujah mereka sendiri dan tidak menimbulkan ketegangan dengan umat Islam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates