Social Icons

Pages

Friday, January 10, 2014

HOT NEWS !!! 'SULTAN MELAKA' TAWAR @REALDRMAZA #DRASRI JADI MUFTI !!! NAK KERR #DRASRI ???


Individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka menawarkan bekas Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi mufti dalam 'kerajaan yang bakal dibinanya' kelak.Tawaran itu dibuat Raja Noor Jan Shah melalui akaun Twitternya selepas Dr Asri mempersoalkan kewujudan 'sultan baru' itu.

"Kenapa nak jadi sultan sangat? Cukuplah dengan Sultan Sultan yang dah ada,tak payah sesiapa nak jadi sultan tambahan pula.Yang ada pun dah tinggi kosnya," demikian status Twitter Dr Asri.Raja Noor Jan kemudian membalas tweet tersebut dengan mengatakan beliau menanggung kos sara hidup beliau sendiri. 


"Bukan beta yang nak jadi sultan,negeri Melaka yang perlukan beta?" ujar individu itu.Tweet tawaran itu kemudiannya mengundang reaksi dari pelbagai pengikut di laman sosial tersebut dan mendapat 301 retweet dan 26 kegemaran.Antara balasan menarik daripada pengikut Twitter yang lain adalah "Offer terhebat" daripada @HilalAzmi dan "it sound RUBBISH" daripada @amdesidik.Selain daripada itu,'Sultan Melaka' turut menjadi perhatian ramai di laman Twitter lantaran memuat naik status yang dilihat kelakar. 


Beliau yang diikuti 2 849 pengikut di Twitter kerap mendapat pertanyaan dan 'usikan' apabila ada yang meminta beliau menggunakan kuasa sebagai Sultan dalam pelbagai perkara.@SultanMelaka: Susah juga jadi sultan tak berakyat ni.Dari tadi menunggu lunch hour.Dulu mudah,cukup masa dayang2 hidangkan. @SultanMelaka: Dah pukul 2 dah.Beta beradu dulu.Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5.Kekanda beta di negeri lain tu tak apa. #cemburu Sebelum ini Raja Noor Jan Shah membuat kenyataan bahawa beliau merupakan Pewaris Kesultanan Melayu Melaka sekaligus mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka dan mahu mengambil balik takhtanya yang telah dinafikan haknya selama ini. 

Bagi menguatkan lagi dakwaan itu,Raja Noor Jan Shah telah menampilkan dokumen dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang jelas mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.Pihak ICJ dakwanya telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

NO KOMEN!

Lebar kecut said...

Kerajaan melaka Haris. Menepiskan segala tuntutan secara professional. Jabatan Muzium Melaka perlu ada panel untuk meneliti dokumen Raja jan dan penuntut2 yang lain. Setahu saya tidak pernah sekalipun Pihak negeri meneiliti dokumen. Mustahil tiada lagi keturunan Sultan Melaka. Baik bersultan dari di gabenorkan oleh orang luar.

Anonymous said...

SULTAN HOSPITAL PERMAI TAMPAOI LAYAK LE

Anonymous said...

sultan mabuk air ketom ni

anti-Meroyan said...

Banyak betul orang yang otak nya dah short circut kebelakangan ni.....sampai meroyan nak jadi sultan pun ada. Apa nak jadi melayu le ni....

Anonymous said...

SETAN CELAKA NAR JAHANAM, itu lah sebenarnya!

 
 
Blogger Templates