Meloyakini,Malaysian Insider dan beberapa lagi portal dan blog pembangkang
terus cuba menyemarakkan isu JAIS merampas 300 Injil berbahasa Melayu dan
Iban dari premis Bible Society of Malaysia (BSM) Khamis lalu. Beberapa artikel yang
disiarkan di dalam portal tersebut cuba menggambarkan JAIS sebagai samseng
kerana menendang pintu menyerbu dan merampas kitab-kitab Injil yang mengandungi
nama ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.Apa yang portal pembangkang itu tidak sebutkan ialah tindakan JAIS itu adalah
sejajar dengan Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain)
kepada Orang Islam di Selangor yang melarang bukan Islam menggunakan 35
perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk ‘Allah’, ‘Nabi’, ‘Injil’
dan 'InsyaAllah’.Sehingga kini,enakmen ini tidak pernah dimansuhkan sekali gus
menjadikan tindakan JAIS sebagai sah.Pihak Kristian bagaimanapun,memberikan alasan bahawa penyebaran Injil Berbahasa
Melayu dengan menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian
itu adalah bertepatan dengan 10 persetujuan yang dicapai di dalam perbincangan pada
April 2011.
Perbincangan yang melibatkan pihak Kristian dengan beberapa Menteri
di peringkat pusat,Datuk Seri Idris Jala serta Peguam Negara itu,telah memutuskan
bahawa setiap penerbitan Kristian berbahasa Melayu perlu meletakkan tanda salib dan
nota bertulis ‘penerbitan Kristian’ di luarnya.Jika ini benar,maka perbincangan itu wajar dipersoalkan kerana tidak turut melibatkan
pihak yang mewakili Islam.Walhal,isu di sini ialah mengenai penggunaan hak
sejagat Umat Islam yang ingin dituntut oleh Kristian,maka logiknya,badan-badan
yang mewakili Islam perlu menjadi pihak utama untuk diajak berbincang.Adalah pelik
sekali apabila badan-badan Islam tidak dirujuk mahupun dijemput langsung dalam
perbincangan itu.Nampaknya,yang menjadi ‘mangsa buli’ di sini ialah Islam,bukannya Kristian.Pihak
Islam telah diketepikan dalam perbincangan tersebut dan hak Umat Islam ke atas
kalimah Allah telah dirampas secara biadab dan tanpa sebab atau alasan yang konkrit.Apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah pihak Kristian telah dengan sengaja
mencari gaduh dan menunjuk samseng terhadap umat Islam di Malaysia.
Apabila JAIS
bertindak berdasarkan undang-undang,pihak Kristian menuduh JAIS sebagai samseng
dan kononnya membuli mereka pula.Soalnya,siapa yang buli siapa ??? Rakyat Malaysia rata-ratanya cukup matang dan tidak mudah melatah dengan isu yang
mampu mencetus ketegangan. Penganut Kristian di kalangan rakyat biasa juga tidak
pernah ‘teruja’ dengan isu kalimah Allah di dalam kitab Injil berbahasa Melayu kerana
mereka lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris.Penganut Kristian di kalangan Iban pula terlalu kecil dan tidak signifikan langsung
untuk dibangkitkan sebagai isu di Semenanjung.Kaum Iban tertumpu di Sarawak di
mana kegunaan kalimah Allah dalam aktiviti keagamaan Kristian tidak disekat oleh
kerajaan.Oleh itu,kita lihat sebarang usaha untuk menjadikan pengharaman Injil
berbahasa Iban dengan kalimah Allah di Semenanjung sebagai isu besar adalah
sebenarnya berniat jahat.Apatah lagi dengan hakikat bahawa kaum Iban yang
beragama Kristian juga ramai yang lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris.Jelas,satu-satunya pihak yang sengaja membesarkan isu kalimah Allah dan ingin terus
mencabar undang-undang serta agama Islam adalah pembangkang melalui media
mereka.Selain pembangkang,pihak yang turut teruja memburukkan imej JAIS dan Islam ialah
NGO yang membawa perjuangan liberal iaitu kebebasan tanpa had serta kesamarataan
dalam beragama.Pihak ini langsung tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi
negara, sekali gus menidakkan undang-undang dan perlembagaan.
Sejak akhir-akhir ini,kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat
mencuba sedaya upaya untuk mencetuskan ketegangan antara Islam-Kristian
melalui berbagai cara.Modus Operandi mereka ialah menggerakkan laman-laman
sosial peribadi untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak-
balas.Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan,mereka akan menuduh kerajaan
Islam sebagai zalim dan berat sebelah.Seterusnya,mereka memburukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat
antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan
Islam dilonggarkan.Kononnya ia adalah bagi memastikan hak asasi setiap golongan di
Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.Bagaimanapun,pihak ini mengambil pendirian untuk bersifat berat sebelah dalam
isu Islam-Kristian sedangkan jelas bahawa pihak Kristian telah melanggar undang-
undang.seolah-olahnya pihak Kristian langsung tidak berbuat salah, dan yang salah
itu hanyalah Islam dan Islam semata-mata.
Justeru,saya ingin bertanya kepada wakil NGO liberal iaitu Marina Mahathir yang begitu
lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini,apakah benar beliau
memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam ??? Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas. Selama ini rakyat Malaysia
tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling
menghormati.Tiada siapa yang mencabar sesiapa atau dengan sengaja menimbulkan
ketegangan dengan ‘mencuit’ agama lain.Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut ‘Father’ kenapa
perlu ditukar kepada ‘Allah’ ??? Mungkin Marina boleh membantu pihak Kristian
menjawab soalan yang menyemakkan kepala kita ni.Di samping itu,Marina juga mungkin boleh menjawab kenapa Marina tidak pernah
mengherdik anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman-
laman sosial .Kenapa Marina tidak pernah mempersoalkan kenapa setelah mereka
menghina Allah SWT,pihak yang sama bermati-matian pula ingin menggunakan
kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka ??? Sebenarnya,banyak lagi persoalan di kepala saya yang sehingga kini pihak Kristian
dan Marina (NGO liberal) masih tidak dapat menjawab.saya ingin sangat memahami
kenapa Marina begitu berat sebelah ??? Kenapa Kristian suka mencari gaduh ??? Dan
apakah Marina juga sudah terkena sindrom gila glamour atau sekadar gila ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment