Social Icons

Pages

Sunday, January 26, 2014

KANTOI !!! #PKR SETUJU LUCUTKAN JAWATAN #KHALIDIBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR ???


Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’,Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang,keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan kelmarin.Laporan muka depan,akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan Presiden parti,Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. 

Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor,penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan - perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.Tidak ketinggalan isu pemecatan  Azmin sebagai ahli lembaga pengarah,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.   

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu,MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan.Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.Menurut sumber juga,kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

tu akibat kene tulah tombak ke? Kalau Assmin naik jadi MB, suruh dia baca sumpah depan Sultan sambil pegang tombak bahawa dia takkan menipu walau dalam apa jua perkara termasuk perangai yang suka beri aiskrim dalam jamban.... amacam, berani ke dia?

Anonymous said...

assmin jadi MB. lagi terok.

Anonymous said...

BN pun ada kudissss. Pagi ni seorang menteri kabinet wanita bercerita pasal murid di sebuah sekolah vernakular cina dipaksa makan rumput.

Menteri tu kata dia hantar psikologis untuk menasihati 2 orang murid yang kena meragut rumput itu supaya tidak berasa rendah diri kesan dari insiden tersebut.

Apa dia kata? (ini yang berdesing telinga mendengarnya):

"... saya sudah hantar pegawai SAYA untuk...."

Mak oiiiii "... pegawai SAYA..."

Inilah kalau kaduk naik junjung. Tangkap muat saja sebarang manusia untuk mengisi kekosongan jadi menteri kabinet.

Bukankah lebih beretika dan manis kalau cakap:

"... Kita sudah hantar pegawai KITA..."

Kementerian tu dia punya ke (berasaskan SAYA yang disebutnya?).

Boleh jadi TS Khalid 1,000 kali lebih beretika dari menteri kabinet ni? Wallahualam.

 
 
Blogger Templates